{"id":3044,"date":"2026-01-22T15:22:44","date_gmt":"2026-01-22T07:22:44","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=3044"},"modified":"2026-01-22T15:22:46","modified_gmt":"2026-01-22T07:22:46","slug":"rakyat-malaysia-perlu-berhenti-berbalah-isu-bahasa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=3044","title":{"rendered":"Rakyat Malaysia perlu berhenti berbalah isu bahasa"},"content":{"rendered":"\n<p>DATUK Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia menghentikan pertelingkahan berpanjangan antara kaum berhubung isu bahasa, sebaliknya kembali memberi tumpuan kepada usaha membina masa depan anak-anak negara lebih berdaya saing.<\/p>\n\n\n\n<p>Perdana Menteri menegaskan, pendekatan pendidikan pelbagai bahasa dilaksanakan kerajaan tidak bertujuan menafikan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara, sebaliknya bertujuan memperkukuh perpaduan nasional.<\/p>\n\n\n\n<p>Ia juga, katanya, bertujuan menyediakan peluang saksama kepada semua murid untuk menguasai pelbagai bahasa.<\/p>\n\n\n\n<p>Anwar menjelaskan, keupayaan menguasai lebih daripada satu bahasa adalah aset penting dalam menghadapi cabaran global dan meningkatkan daya saing generasi muda, tanpa menjejaskan asas identiti nasional negara.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita tidak mahu lagi pertelingkahan antara kaum yang tidak berkesudahan dalam soal bahasa. Keutamaan kita adalah meningkatkan mutu kehidupan dan menjamin masa depan anak-anak kita.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMereka perlu bersedia bersaing untuk bekerja bukan sahaja dalam negara, malah di rantau Asia dan di peringkat dunia.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Sebab itu bahasa, sains, matematik, digital dan kecerdasan buatan (AI) mesti dikuasai sejak peringkat awal persekolahan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama masyarakat Tionghua di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Perting di Bentong, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Turut hadir Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar; Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail serta Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman.<\/p>\n\n\n\n<p>Anwar berkata, usaha meningkatkan kualiti pendidikan perlu dilihat sebagai agenda nasional melangkaui perbezaan kaum, dengan semua pihak menumpukan perhatian kepada pembaikan sekolah, latihan guru serta penyediaan kemudahan mencukupi.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, sebarang perbezaan pandangan berkaitan pendidikan boleh dibincangkan secara matang, namun fokus utama tidak harus terpesong daripada matlamat menjadikan pendidikan sebagai alat penyatuan dan pemacu kemajuan negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam perkembangan berkaitan, Anwar mengumumkan kelulusan peruntukan RM13.5 juta bagi pelaksanaan projek penambahbaikan dan kemudahan tambahan di SJKC Perting, dengan RM300,000 diluluskan segera bagi membolehkan kerja awal dimulakan.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, peruntukan ini diberikan sebagai sebahagian daripada persediaan untuk kemasukan pra sekolah berumur 5 tahun dan darjah 1 berumur 6 tahun (sukarela) bermula tahun depan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya berharap semua pihak, pentadbir sekolah, guru, ibu bapa dan masyarakat setempat terus memberi sokongan agar sekolah ini menjadi contoh kepada sekolah-sekolah lain,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>DATUK Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia menghentikan pertelingkahan berpanjangan antara kaum berhubung isu bahasa,&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":3045,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[],"class_list":["post-3044","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-madani_news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3044","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=3044"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3044\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3046,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3044\/revisions\/3046"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/3045"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=3044"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=3044"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=3044"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}