{"id":3052,"date":"2026-01-23T09:51:05","date_gmt":"2026-01-23T01:51:05","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=3052"},"modified":"2026-01-23T09:51:09","modified_gmt":"2026-01-23T01:51:09","slug":"segerakan-bantuan-106-keluarga-miskin-tegar-di-bentong-pm","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=3052","title":{"rendered":"Segerakan bantuan 106 keluarga miskin tegar di Bentong &#8211; PM"},"content":{"rendered":"\n<p>DATUK Seri Anwar Ibrahim hari ini mengarahkan bantuan segera diberikan kepada 106 keluarga miskin tegar di Bentong, Pahang.<\/p>\n\n\n\n<p>Terdahulu, Anwar melakukan lawatan kerja sehari di Pahang dengan agenda pertama menghadiri Taklimat Pembangunan Negeri di Pejabat Daerah dan Tanah.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam lawatan itu Anwar, berkata beliau memberi tempoh sebulan untuk keluarga berkenaan dikeluarkan dari kepompong miskin tegar.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya dimaklumkan bahawa ketika ini terdapat sekitar 106 keluarga miskin tegar di Bentong.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya mengarahkan supaya bantuan disegerakan dan keluarga-keluarga ini mesti dikeluarkan daripada kepompong miskin tegar dalam tempoh satu bulan,\u201d katanya menerusi kenyataan di Facebook.<\/p>\n\n\n\n<p>Anwar berkata, di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), Kerajaan MADANI meluluskan 563 projek berkepentingan rakyat bernilai RM32 bilion di Pahang, termasuk 34 projek bernilai RM1.66 bilion khusus untuk Bentong.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cNamun angka ini tidak bermakna jika pelaksanaannya gagal menyentuh realiti hidup rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKerana itu keutamaan kita tahun ini adalah memastikan setiap projek dilaksanakan segera, berintegriti dan benar-benar memberi kesan kepada keluarga, peniaga kecil serta komuniti setempat,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebarang projek tertangguh akibat kelemahan pengurusan atau permasalahan kontraktor tidak boleh dibiarkan berlarutan hingga bertahun-tahun.<\/p>\n\n\n\n<p>Sehubungan itu, katanya, semua peringkat wajib memantau kemajuan projek secara dekat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIni kerana setiap kelewatan bererti rakyat terus dinafikan kemudahan dan perkhidmatan yang sepatutnya mereka nikmati.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTahun ini misalnya, kita akan menambah bilik darjah dan meningkatkan keselesaan bilik guru menjelang pelaksanaan Rancangan Pendidikan Negara 2026\u20132035, termasuk pelaksanaan kemasukan prasekolah pada usia 5 tahun dan Tahun Satu pada usia 6 tahun secara sukarela,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Tambahnya, kegagalan di peringkat pelaksanaan, termasuk projek bermasalah atau lewat disiapkan akan menjejaskan keselesaan pembelajaran dan masa depan anak-anak.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSoal integriti juga tidak boleh dikompromi. Setiap wang yang disalurkan adalah amanah dan mesti sampai kepada rakyat, bukan mengalir ke poket mana-mana pihak.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKelonggaran kelulusan projek bukan ruang untuk disalah guna, tetapi ikhtiar mempercepat pelaksanaan supaya manfaatnya segera dirasai oleh rakyat,\u201d katanya<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>DATUK Seri Anwar Ibrahim hari ini mengarahkan bantuan segera diberikan kepada 106 keluarga miskin tegar&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":3053,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[4],"tags":[],"class_list":["post-3052","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-malaysian-news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3052","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=3052"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3052\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3054,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3052\/revisions\/3054"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/3053"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=3052"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=3052"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=3052"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}