{"id":3055,"date":"2026-01-23T09:59:53","date_gmt":"2026-01-23T01:59:53","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=3055"},"modified":"2026-01-23T09:59:55","modified_gmt":"2026-01-23T01:59:55","slug":"kpm-bukan-mahu-jadikan-murid-tikus-makmal-fadhlina","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=3055","title":{"rendered":"KPM bukan mahu jadikan murid &#8216;tikus makmal&#8217; &#8211; Fadhlina"},"content":{"rendered":"\n<p>KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan sesi libat urus sudah dibuat sebelum kerajaan mengumumkan kemasukan murid ke Tahun 1 pada usia enam tahun.<\/p>\n\n\n\n<p>Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, ia juga bukan bertujuan menjadikan mereka sebagai &#8216;tikus makmal&#8217;, lapor Harian Metro<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, sebaliknya, dasar berkenaan sudah dibincang dan dibahaskan dalam Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13).<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Soal libat urus itu semua sudah berlaku. Contohnya dalam Jelajah Masa Depan Pendidikan Negara, kita ada portal cadangan pendidikan masa hadapan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Pelbagai sesi libat urus di peringkat akar umbi yang menjurus kepada isu pendidikan awal ini (juga dijalankan) dan penekanan kepada apa yang kita hasrat,&#8221; katanya sewaktu pertanyaan menteri di Dewan Rakyat, semalam.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Roslan Hashim (PN-Kulim Bandar Baharu) yang bertanyakan mengenai adakah kemasukan murid ke Tahun 1 pada usia enam tahun sudah dibuat sesi libat urus seperti membabitkan guru dan mengapa dasar berkenaan tidak dibuat percubaan terlebih dahulu.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, KPM tidak berhasrat mahu menjadikan dasar berkenaan sebagai projek rintis dan disebabkan itu, kerajaan mengumumkan ia dilaksanakan secara berfasa, sukarela dan harus berlaku dengan sokongan diagnostik.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Mekanismenya mesti melalui proses diagnostik dan ada sokongan emosi psikososial. Disebabkan itu, kita tidak akan tinggalkan anak-anak ini begitu sahaja.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Ia mesti disokong oleh ujian diagnostik itu, kemudian mesti ada sokongan psikososial kepada kanak-kanak ini kerana ini adalah satu keadaan yang baru untuk mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Saya tidak fikir apa yang kita hasratkan ini tergesa-gesa ataupun kita tidak melibatkan semua pihak.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Yang kita hasratkan ketika ini adalah memastikan hak kesejahteraan dan kebajikan kanak-kanak dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh,&#8221; katanya. <\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan sesi libat urus sudah dibuat sebelum kerajaan mengumumkan kemasukan murid&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":3056,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[],"class_list":["post-3055","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-gov_news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3055","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=3055"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3055\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3057,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3055\/revisions\/3057"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/3056"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=3055"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=3055"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=3055"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}