{"id":3085,"date":"2026-01-26T15:44:48","date_gmt":"2026-01-26T07:44:48","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=3085"},"modified":"2026-01-26T15:44:52","modified_gmt":"2026-01-26T07:44:52","slug":"pm-zahir-kesyukuran-ringgit-capai-3-99-berbanding-dollar-as","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=3085","title":{"rendered":"PM zahir kesyukuran Ringgit capai 3.99 berbanding Dollar AS"},"content":{"rendered":"\n<p>ALHAMDULILLAH\u2026., itu reaksi spontan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menzahirkan kesyukuran dengan pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) selepas mata wang itu mencatatkan paras terkuat dalam tempoh lebih tujuh tahun.<\/p>\n\n\n\n<p>Jelas tergambar wajah gembira Perdana Menteri apabila ditanya mengenai pengukuhan ringgit pada paras 4.00 berbanding dolar AS apabila mencecah paras tertinggi dalam tempoh lebih tujuh tahun.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata kepada media ketika ditemui selepas menyampaikan amanat pada Majlis Peluncuran Sambutan 120 Tahun Jabatan Audit Negara di Putrajaya, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Hadir sama, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul; Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Audit Negara, Datuk Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi.<\/p>\n\n\n\n<p>Jumaat lalu, ringgit menembusi paras psikologi penting 4.00 berbanding dolar AS apabila mencecah paras tertinggi dalam tempoh lebih tujuh tahun pada 3.9992.<\/p>\n\n\n\n<p>Pencapaian itu turut menandakan paras paling kukuh mata wang Malaysia dalam tempoh lebih tujuh tahun, dengan kali terakhir ringgit berada pada paras itu pada 18 Jun 2018, iaitu pada 3.9960\/9990.<\/p>\n\n\n\n<p>Prestasi ringgit turut mengukuh berbanding sekumpulan mata wang utama, apabila meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.5337\/5361 daripada 2.5637\/5670 pada minggu sebelumnya, mengukuh berbanding euro kepada 4.6993\/7034 daripada 4.7076\/7134, serta menokok berbanding pound Britain kepada 5.4177\/4224 daripada 5.4332\/4399.<\/p>\n\n\n\n<p>Di peringkat serantau, ringgit turut mencatat pengukuhan berbanding mata wang negara ASEAN lain.<br>Ia meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.8362\/8544 daripada 12.9115\/9332, serta lebih tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.1302\/1330 daripada 3.1479\/1521.<\/p>\n\n\n\n<p>Mata wang tempatan juga mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 238.0\/238.3 daripada 240.1\/240.5 minggu lalu dan menokok berbanding peso Filipina kepada 6.77\/6.78 daripada 6.83\/6.84 sebelum ini.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>ALHAMDULILLAH\u2026., itu reaksi spontan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menzahirkan kesyukuran dengan pengukuhan ringgit berbanding&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":3086,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[],"class_list":["post-3085","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-madani_news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3085","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=3085"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3085\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3087,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3085\/revisions\/3087"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/3086"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=3085"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=3085"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=3085"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}