{"id":3100,"date":"2026-01-27T12:30:06","date_gmt":"2026-01-27T04:30:06","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=3100"},"modified":"2026-01-27T12:30:08","modified_gmt":"2026-01-27T04:30:08","slug":"ujian-diagnostik-kemasukan-tahun-satu-murid-enam-tahun-dibatalkan-pm","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=3100","title":{"rendered":"Ujian diagnostik kemasukan Tahun Satu murid enam tahun dibatalkan &#8211; PM"},"content":{"rendered":"\n<p>KERAJAAN membatalkan cadangan untuk melaksanakan ujian diagnostik kemasukan ke Tahun Satu bagi murid enam tahun.<\/p>\n\n\n\n<p>Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu diambil kerana dikhuatiri boleh bersifat diskriminasi dan memberi kesan psikologi kepada kanak-kanak.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, cadangan awal melaksanakan ujian berkenaan adalah baik kerana ia merangkumi sistem penilaian sebelum kanak-kanak memasuki alam persekolahan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Bagaimanapun, selepas diteliti, ia dianggap boleh menjadi diskriminasi.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Ini bermakna ada kanak-kanak dibenarkan masuk ke tahun satu, manakala yang lain pula diletakkan di prasekolah &#8211; dilihat sebagai tidak layak, kurang cerdik dan sebagainya. Ini boleh memberi kesan psikologi.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Selepas menyemak semula perkara ini, Menteri Pendidikan mencadangkan agar ujian diagnostik itu dimansuhkan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Berdasarkan syor daripada Menteri, saya bersetuju supaya ia dibatalkan agar proses itu dipermudahkan,&#8221; katanya di Dewan Rakyat hari ini semasa sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian bagi menjawab cadangan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA-Muar) supaya kerajaan menilai semula keperluan ujian saringan berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum ini Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dilapor memaklumkan, ujian saringan diagnostik khas akan digunakan bagi menentukan kelayakan kanak-kanak memasuki Tahun Satu seawal umur enam tahun mulai sesi persekolahan 2027.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, hanya murid yang layak dan berjaya melepasi kriteria ditetapkan setelah menduduki ujian diagnostik itu akan dipilih untuk kemasukan berkenaan. <\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KERAJAAN membatalkan cadangan untuk melaksanakan ujian diagnostik kemasukan ke Tahun Satu bagi murid enam tahun.&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":3101,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[],"class_list":["post-3100","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-gov_news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3100","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=3100"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3100\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3102,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3100\/revisions\/3102"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/3101"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=3100"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=3100"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=3100"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}