{"id":3149,"date":"2026-02-03T19:08:45","date_gmt":"2026-02-03T11:08:45","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=3149"},"modified":"2026-02-03T19:08:48","modified_gmt":"2026-02-03T11:08:48","slug":"zahid-mohon-lepas-bebas-47-pertuduhan-berkait-yayasan-akalbudi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=3149","title":{"rendered":"Zahid mohon lepas, bebas 47 pertuduhan berkait Yayasan Akalbudi"},"content":{"rendered":"\n<p>TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memohon supaya dilepas dan dibebaskan sepenuhnya daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi.<\/p>\n\n\n\n<p>Peguam, Datuk Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Ahmad Zahid berkata, permohonan itu difailkan di Mahkamah Tinggi pada 28 Januari lalu dengan menamakan Pendakwa Raya sebagai responden.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, pembelaan mengambil langkah berkenaan selepas AGC memutuskan tiada tindakan lanjut (NFA) akan diambil dalam kes membabitkan Presiden UMNO berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKami membuat permohonan DNA pada 28 Januari dan AGC telah memperoleh permohonan berkenaan, dua hari kemudian.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMemandangkan anak guam telah diberi perintah DNAA (dilepas tanpa dibebaskan) oleh Mahkamah Tinggi di sini pada 4 September 2023, maka tidak adil sekiranya pertuduhan itu masih tergantung atas kepala beliau,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Hisyam berkata, pihaknya mengemukakan permohonan itu bersama sijil perakuan segera kepada AGC pada 30 Januari lepas dan mahkamah menetapkan pendengaran permohonan itu pada 24 Februari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada 4 September 2023, Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Persekutuan) memberi perintah DNAA kepada ahli politik berusia 73 tahun berhubung kes berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Ahmad Zahid berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memohon supaya dilepas dan dibebaskan sepenuhnya&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":3150,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[],"class_list":["post-3149","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-madani_news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3149","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=3149"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3149\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3151,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3149\/revisions\/3151"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/3150"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=3149"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=3149"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=3149"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}