{"id":3200,"date":"2026-02-16T18:58:47","date_gmt":"2026-02-16T10:58:47","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=3200"},"modified":"2026-02-16T18:58:49","modified_gmt":"2026-02-16T10:58:49","slug":"isu-saham-azam-kerajaan-serah-siasatan-kepada-jawatankuasa-khas","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=3200","title":{"rendered":"Isu saham Azam: Kerajaan serah siasatan kepada jawatankuasa khas"},"content":{"rendered":"\n<p>KERAJAAN memutuskan supaya siasatan berhubung isu pemilikan saham membabitkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, dikendalikan sepenuhnya oleh Jawatankuasa Khas Siasatan yang ditubuhkan Jemaah Menteri.<\/p>\n\n\n\n<p>Jurucakap Kerajaan Perpaduan merangkap Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, keputusan menubuhkan jawatankuasa berkenaan merupakan pendirian rasmi Jemaah Menteri dalam menangani perkara itu secara telus dan teratur.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBagi kami (Jemaah Menteri), ia serahkan kepada jawatankuasa siasatan lakukan siasatan penuh dan Azam juga sangat terbuka, beliau sedia disiasat,\u201d katanya memetik Bernama, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian selepas merasmikan Jelajah Ramadan 2026 Edisi Ke-14 di Johor Bahru.<\/p>\n\n\n\n<p>Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Abdul Halim Hamzah serta Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman.<\/p>\n\n\n\n<p>Laporan media sebelum ini menyebut Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar yang juga Peguam Negara dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas Siasatan berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, dilaporkan berkata jawatankuasa itu akan menjalankan penelitian menyeluruh bagi memastikan proses siasatan dilaksanakan secara adil terhadap individu yang terlibat.<\/p>\n\n\n\n<p>Bloomberg sebelum ini melaporkan dakwaan bahawa Azam mempunyai pegangan saham dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan berdasarkan dokumen pemfailan korporat.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun, Azam dalam sidang media terdahulu menegaskan bahawa pemilikan saham bernilai RM800,000 itu dibuat secara telus dan mematuhi segala prosedur ditetapkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengulas perhimpunan berkaitan isu berkenaan yang turut dihadiri Datuk Seri Rafizi Ramli, Fahmi berkata, bekas Timbalan Presiden PKR itu mempunyai hak untuk menyertai perhimpunan seperti yang dijamin Perlembagaan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBeliau (Rafizi) ada hak melaksanakan apa-apa yang dia rasa nak lakukan. Di bawah Perlembagaan, memang rakyat Malaysia ada hak berhimpun.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSemalam, kita dengar Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus mengatakan dalam 150 hingga 200 orang hadir dan tidak berlaku apa-apa insiden mencemaskan ataupun mengganggu keselamatan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Menjawab pertanyaan mengenai kemungkinan tindakan tatatertib parti terhadap Rafizi, beliau berkata, perkara itu bergantung kepada sama ada wujud aduan rasmi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSetakat ini, Setiausaha Agung belum memaklumkan menerima sebarang aduan, tetapi mereka yang berkumpul ada hak, tidak menjadi masalah di sisi undang-undang,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Fadil memaklumkan, pihaknya akan meneruskan siasatan bagi memastikan tiada unsur menyentuh isu perkauman, agama dan institusi diraja (3R) sepanjang perhimpunan tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, penelitian menyeluruh akan dilakukan dan sekiranya terdapat elemen 3R, kertas siasatan akan dibuka untuk tindakan lanjut.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KERAJAAN memutuskan supaya siasatan berhubung isu pemilikan saham membabitkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":3201,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[],"class_list":["post-3200","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-gov_news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3200","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=3200"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3200\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3202,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3200\/revisions\/3202"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/3201"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=3200"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=3200"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=3200"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}