{"id":3203,"date":"2026-02-16T19:06:37","date_gmt":"2026-02-16T11:06:37","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=3203"},"modified":"2026-02-16T19:06:39","modified_gmt":"2026-02-16T11:06:39","slug":"berjasa-nafi-hamzah-bakal-kemudi-parti","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=3203","title":{"rendered":"Berjasa nafi Hamzah bakal kemudi parti"},"content":{"rendered":"\n<p>PARTI Berjasa menafikan dakwaan kononnya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berpotensi mengambil alih parti itu susulan pemecatannya daripada parti Bersatu.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketua Penerangannya, Mohd Hamdan Mohd Sharif berkata, parti itu kekal utuh di bawah kepimpinan Majlis Kepimpinan Tertinggi yang dipilih dan dilantik secara sah menurut Perlembagaan parti.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, tiada sebarang perbincangan rasmi atau pertemuan khusus berhubung dakwaan berkenaan setakat ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cNamun demikian, Berjasa sentiasa terbuka untuk berbincang dengan mana-mana pihak demi memperkukuh agenda kesatuan dan penyatuan Melayu,\u201d katanya dalam satu kenyataan.<\/p>\n\n\n\n<p>Terdahulu,&nbsp;<em>Sinar<\/em>&nbsp;<em>Harian&nbsp;<\/em>melaporkan bekas Ketua Sayap Bersatu, Datuk Dr Chong Fatt Full menjangkakan Hamzah berpotensi mengambil alih Berjasa sebagai wadah politik baharu.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, jangkaan itu dibuat berdasarkan situasi politik semasa yang tidak memberi banyak ruang kepada Hamzah untuk menubuhkan parti baharu, terutama ketika negara menghampiri siri Pilihan Raya Negeri dan Pilihan Raya Umum.<\/p>\n\n\n\n<p>Sabtu lalu, \u00a0Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainuddin menegaskan beliau kini menjadi penentang utama kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.<\/p>\n\n\n\n<p>Bekas Timbalan Presiden Bersatu itu berkata, pendirian berkenaan diambil kerana beliau tidak memahami sebab pemecatannya daripada parti itu.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Saya tidak tahu apa yang berlaku dalam Perhimpunan Agung Tahunan (PAT).<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Saya ingin memaklumkan kepada semua yang mendengar hari ini, saya tidak tahu kenapa saya dipecat.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Hari ini saya dipecat kerana didakwa tidak mengawal perkara yang saya sendiri tidak tahu\u2026 hantu apa yang ada dalam parti ini?<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Cukuplah\u2026 Dalam PAT, saya bangun sebagai penyokong nombor satu kepada presiden. Hari ini, saya ingin nyatakan, saya penentang nombor satu kepada presiden parti,&#8221; katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PARTI Berjasa menafikan dakwaan kononnya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berpotensi mengambil alih parti&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":3204,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[4],"tags":[],"class_list":["post-3203","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-malaysian-news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3203","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=3203"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3203\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3205,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3203\/revisions\/3205"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/3204"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=3203"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=3203"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=3203"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}