{"id":3224,"date":"2026-02-20T22:28:38","date_gmt":"2026-02-20T14:28:38","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=3224"},"modified":"2026-02-20T22:28:40","modified_gmt":"2026-02-20T14:28:40","slug":"anwar-minta-jangan-terus-hukum-rafizi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=3224","title":{"rendered":"Anwar minta jangan terus hukum Rafizi"},"content":{"rendered":"\n<p>PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan orang ramai agar tidak terburu-buru menghukum atau membuat tuduhan melulu berhubung dakwaan salah laku dan rasuah yang dikaitkan dengan bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau menegaskan bahawa walaupun setiap dakwaan perlu disiasat secara telus sekiranya mempunyai bukti, prinsip keadilan harus diutamakan tanpa melibatkan sentimen fitnah, terutamanya ketika umat Islam sedang menyambut bulan Ramadan.<\/p>\n\n\n\n<p>Bercakap kepada media selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Kampung Seri Cheeding, Kuala Langat, hari ini, Anwar menyatakan pendirian kerajaan untuk kekal konsisten dalam menangani isu integriti.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Apa jua dakwaan salah laku yang ada, kita mesti konsisten. Sesiapa yang dituduh harus disiasat secara telus dan terbuka.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Sebelum siasatan dan pendakwaan selesai, kita tidak seharusnya menghukum sesiapa,&#8221; ujar beliau.<\/p>\n\n\n\n<p>Anwar turut menambah bahawa budaya menghukum individu sebaik sahaja tuduhan timbul merupakan satu masalah yang perlu diperbetulkan dalam masyarakat.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum ini, Rafizi dikaitkan dengan<\/p>\n\n\n\n<p>tuduhan membabitkan dua projek besar bernilai bilion ringgit terkait dengan perjanjian syarikat cip semikonduktor antarabangsa bernilai RM1.1 bilion.<\/p>\n\n\n\n<p>Serta projek solar 750-megawatt bernilai RM2.5 bilion.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Perdana Menteri, beliau sentiasa terbuka terhadap sebarang aduan melibatkan kerajaan mahupun dirinya sendiri, namun ia mestilah berlandaskan fakta dan bukannya bertujuan untuk merosakkan reputasi pihak tertentu.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pada itu, Rafizi Ramli menyifatkan tuduhan yang dilemparkan oleh pempengaruh media sosial, Caprice ataupun Ariz Ramli sebagai tidak berasas dan sengaja dibesar-besarkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Ahli Parlimen Pandan itu telah mengarahkan peguamnya untuk memulakan prosiding undang-undang sekiranya permohonan maaf tidak dibuat oleh pihak yang menyebarkan fitnah tersebut.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan orang ramai agar tidak terburu-buru menghukum atau membuat&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":3225,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[],"class_list":["post-3224","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-madani_news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3224","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=3224"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3224\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3226,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3224\/revisions\/3226"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/3225"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=3224"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=3224"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=3224"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}