{"id":3255,"date":"2026-02-25T23:10:06","date_gmt":"2026-02-25T15:10:06","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=3255"},"modified":"2026-02-25T23:10:07","modified_gmt":"2026-02-25T15:10:07","slug":"roboh-rumah-anutan-haram-di-rawang-bukan-isu-agama","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=3255","title":{"rendered":"Roboh rumah anutan haram di Rawang bukan isu agama"},"content":{"rendered":"\n<p>RUMAH anutan haram yang dibina di atas tanah milik Yayasan Kubra di Rawang berjaya dirobohkan mengikut prosedur tanpa sebarang rusuhan pagi tadi.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, proses itu dilakukan dengan menghormati agama lain selain turut disertai individu bukan Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, proses merobohkan struktur rumah ibadat itu dilakukan dengan pemantauan pihak polis.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cGerakan ini melibatkan ramai orang Islam dan juga bukan Islam. Ia hasil dari pelbagai mesyuarat dan cadangan pelbagai pihak.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSemasa meruntuhkan rumah anutan haram tersebut, kita masih menghormati agama lain. Buktinya kita tidak memecahkan patung-patung sembahan mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita cuma alihkan sahaja kedudukan mereka dan kemudiannya mereka membawa patung-patung tersebut ke tempat lain.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJadi ini bukan isu agama. Pihak yang membangkitkan isu agama dan perkauman itulah yang sebenarnya rasis. Rumah anutan yang mengikut undang-undang kita tak pertikaipun malah Islam melindungi kebebasan beragama,\u201d katanya dalam satu hantaran di Facebook.<\/p>\n\n\n\n<p>Perobohan rumah anutan yang mencetuskan kontroversi itu selesai dilakukan sekitar pukul 5 pagi tadi.<\/p>\n\n\n\n<p>Kerja merobohkan struktur rumah anutan itu dilakukan oleh sekumpulan NGO serta peguam dan turut disertai pemilik tanah.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Zainul menjelaskan jemputan gotong-royong petang ini bagi membersihkan tanah milik Yayasan Kubra itu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya cuma boleh kata jemputan jam 5 petang itu untuk gotong royong membersihkan tanah Yayasan Kubra (termasuk membersihkan saki baki rumah struktur rumah anutan haram) kita tak kata pukul 5 untuk robohkan rumah anutan haram.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cLagipun kalau ramai sangat datang nanti kita tak boleh kawal. Biarlah strategi dirancang oleh kumpulan yang kecil kerana kami juga mengambil kira beberapa kemungkinan termasuk isu perundangan,\u201d katanya<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>RUMAH anutan haram yang dibina di atas tanah milik Yayasan Kubra di Rawang berjaya dirobohkan&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":3256,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[4],"tags":[],"class_list":["post-3255","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-malaysian-news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3255","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=3255"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3255\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3257,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3255\/revisions\/3257"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/3256"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=3255"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=3255"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=3255"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}