{"id":3261,"date":"2026-02-25T23:19:47","date_gmt":"2026-02-25T15:19:47","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=3261"},"modified":"2026-02-25T23:19:48","modified_gmt":"2026-02-25T15:19:48","slug":"ringgit-semakin-kukuh-selari-prospek-ekonomi-negara-yang-positif","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=3261","title":{"rendered":"Ringgit semakin kukuh selari prospek ekonomi negara yang positif"},"content":{"rendered":"\n<p>PENGUKUHAN nilai ringgit sejak kebelakangan ini mencerminkan asas ekonomi negara yang teguh serta keadaan persekitaran global yang semakin stabil.<\/p>\n\n\n\n<p>Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, mata wang tempatan merekodkan peningkatan 10.1 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sepanjang tahun lalu dan ringgit turut mengukuh antara 1.5 hingga 13.9 peratus berbanding beberapa mata wang utama dan serantau.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKadar kenaikan nilai ringgit berbanding dolar AS ini adalah yang tertinggi dalam kalangan rakan serantau.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cApabila kita mengambil kira purata berwajaran mata wang rakan perdagangan utama Malaysia, seperti dolar Singapura, renminbi China dan USD, kadar pertukaran efektif nominal ringgit (NEER) mencatat peningkatan sebanyak 6.1 peratus sepanjang tempoh tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cNEER memberikan perspektif yang lebih menyeluruh terhadap prestasi dan nilai ringgit berbanding dengan kadar pertukaran dua hala seperti kadar dolar AS\/ ringgit,\u201d katanya ketika menjawab pertanyaan Datuk Bobbey Ah Fang Bin Suan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Negara hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, setakat semalam, ringgit terus mencatat pengukuhan 4.09 peratus kepada paras RM3.89 berbanding dolar AS.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, faktor luaran seperti penurunan kadar faedah di AS serta perubahan jangkaan ke arah persekitaran kadar faedah lebih rendah dalam kalangan ekonomi utama dunia turut menyumbang kepada pengukuhan tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPengukuhan nilai ringgit turut disokong oleh sentimen pelabur yang positif dalam persekitaran perdagangan dunia yang terus berkembang serta pelaburan portfolio dan pelaburan langsung asing (FDI) berterusan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPengukuhan ini turut didorong komitmen berterusan kerajaan melaksanakan pembaharuan struktur dan memastikan kedudukan fiskal yang mampan serta menarik minat pelabur domestik dan antarabangsa. Perkembangan ini dijangka terus menyokong prestasi ringgit dalam jangka sederhana,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengulas lanjut, beliau menjelaskan bahawa prestasi eksport negara kekal berkembang meskipun ringgit mengukuh, dengan pertumbuhan eksport kasar sebanyak 6.5 peratus pada tahun lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPertumbuhan ini disokong terutamanya oleh eksport dalam sektor elektrik dan elektronik (E&amp;E) yang kekal kukuh. Oleh itu, kesan keseluruhan pergerakan nilai ringgit terhadap daya saing perdagangan negara dijangka tetap terkawal.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMalah, prestasi eksport Malaysia tidak bergantung semata-mata pada faktor kos dan perkembangan ringgit. Kelebihan daya saing eksport negara turut disokong oleh keupayaan pengeluaran yang mantap serta tahap integrasi yang kukuh dalam rantaian bekalan global,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PENGUKUHAN nilai ringgit sejak kebelakangan ini mencerminkan asas ekonomi negara yang teguh serta keadaan persekitaran&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":3262,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[],"class_list":["post-3261","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-gov_news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3261","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=3261"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3261\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3263,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3261\/revisions\/3263"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/3262"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=3261"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=3261"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=3261"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}