{"id":3306,"date":"2026-03-02T19:20:14","date_gmt":"2026-03-02T11:20:14","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=3306"},"modified":"2026-03-02T19:20:16","modified_gmt":"2026-03-02T11:20:16","slug":"kita-kecam-hina-islam-tapi-jangan-terlibat-provokasi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=3306","title":{"rendered":"Kita kecam hina Islam, tapi jangan terlibat provokasi"},"content":{"rendered":"\n<p>SEMUA pihak diseru bertenang dan tidak terlibat dengan sebarang provokasi susulan kes pelajar universiti yang didakwa memijak al-Quran.<\/p>\n\n\n\n<p>Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah menggesa pihak universiti menjalankan siasatan menyeluruh dan mengambil tindakan tegas selaras dengan peraturan serta undang-undang yang berkuat kuasa terhadap pelajar itu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ini kerana sebarang perbuatan menghina kitab suci mana-mana agama adalah tidak boleh diterima dan bercanggah dengan nilai keharmonian serta saling menghormati yang menjadi asas negara kita.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDalam mengecam perbuatan ini, saya menyeru semua pihak supaya bertenang dan tidak terlibat dengan sebarang provokasi yang boleh mengganggu perpaduan,\u201d katanya dipetik <em>Free Malaysia Today.<\/em><\/p>\n\n\n\n<p>Beliau yang juga Timbalan Menteri Ekonomi berkata, al-Quran amat mulia bagi umat Islam dan tindakan sebegini melukakan perasaan masyarakat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cNamun dalam masa yang sama, kita mesti mempertahankan prinsip negara majmuk yang berteraskan hormat dan persefahaman.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJangan biarkan tindakan seorang individu merosakkan perpaduan yang telah kita bina bersama,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada 25 Februari lalu, seorang pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) ditahan bagi membantu siasatan kerana disyaki menghina Islam di media sosial.<\/p>\n\n\n\n<p>Imej kaki seorang lelaki dewasa memijak al-Quran dan tangkap layar hantaran individu didakwa penuntut UMPSA itu kemudian tular di media sosial.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman dilaporkan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.<\/p>\n\n\n\n<p>Semalam, Ketua Polis Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, tempoh reman lelaki 21 tahun \u2013 yang sepatutnya tamat semalam \u2013 disambung hingga 3 Mac susulan arahan timbalan pendakwa raya supaya \u2018beberapa tindakan lagi diambil\u2019 untuk melengkapkan siasatan.<\/p>\n\n\n\n<p>Setakat Jumaat, polis menerima 28 laporan di seluruh negara berhubung kes berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SEMUA pihak diseru bertenang dan tidak terlibat dengan sebarang provokasi susulan kes pelajar universiti yang&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":3307,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[4],"tags":[],"class_list":["post-3306","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-malaysian-news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3306","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=3306"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3306\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3308,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3306\/revisions\/3308"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/3307"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=3306"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=3306"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=3306"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}