{"id":3314,"date":"2026-03-03T15:22:52","date_gmt":"2026-03-03T07:22:52","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=3314"},"modified":"2026-03-03T15:22:56","modified_gmt":"2026-03-03T07:22:56","slug":"hina-islam-penuntut-umpsa-mengaku-tidak-bersalah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=3314","title":{"rendered":"Hina Islam: Penuntut UMPSA mengaku tidak bersalah"},"content":{"rendered":"\n<p>SEORANG penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang dilaporkan memijak al-Quran sebelum ini, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan, hari ini, atas dua pertuduhan menghina Islam dan membuat penghantaran jelik melampau di media sosial dengan niat menyakitkan hati orang lain.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun tertuduh, K S Vikneswaran, 21, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Harmi Thamri Mohamad, lapor BH.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengikut pertuduhan pertama, penuntut terbabit didakwa mencemarkan al-Quran dengan niat hendak mengaibkan agama Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>Kesalahan didakwa dilakukan kira-kira jam 1.30 tengah hari pada 22 Februari lalu di sebuah rumah di Taman Seri Mahkota Aman.<\/p>\n\n\n\n<p>Pendakwaan bagi pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-dua-dua sekali.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi pertuduhan kedua, Vikneswaran didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana membuat penghantaran komunikasi jelik melampau melalui aplikasi Threads di lokasi serta masa sama dengan pertuduhan pertama.<\/p>\n\n\n\n<p>Sabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi dua tahun dan denda hingga RM500,000 atau kedua-dua sekali.<\/p>\n\n\n\n<p>Pendakwaan dilakukan Pengarah Pendakwaan Pahang, Sharizat Ismail dan tertuduh diwakili peguam Mohd Rusnizam Abdullah.<\/p>\n\n\n\n<p>Pihak pendakwaan memohon mahkamah menetapkan jaminan RM50,00 bagi kedua-dua kes, manakala peguam tertuduh memohon kadar itu dikurangkan kepada RM10,000.<\/p>\n\n\n\n<p>Mahkamah kemudian menetapkan 8 April sebagai tarikh sebutan kes dan tertuduh dibenarkan dijamin RM10,000 serta melapor diri di balai polis berhampiran kediamannya setiap bulan sehingga perbicaraan kes selesai.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SEORANG penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang dilaporkan memijak al-Quran sebelum ini, dihadapkan&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":3315,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[],"class_list":["post-3314","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-madani_news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3314","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=3314"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3314\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3316,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3314\/revisions\/3316"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/3315"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=3314"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=3314"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=3314"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}