{"id":3340,"date":"2026-03-04T15:41:52","date_gmt":"2026-03-04T07:41:52","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=3340"},"modified":"2026-03-04T15:41:53","modified_gmt":"2026-03-04T07:41:53","slug":"seorang-anak-tun-daim-sudah-hubungi-sprm","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=3340","title":{"rendered":"Seorang anak Tun Daim sudah hubungi SPRM"},"content":{"rendered":"\n<p>SEORANG daripada empat anak Allahyarham Tun Daim Zainuddin sudah menghubungi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan Op Godfather.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun, Ketua Pesuruhjaya SRPM, Tan Sri Azam Baki memaklumkan keberadaan tiga lagi anak bekas Menteri Kewangan itu masih belum diketahui.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSetakat ini baru seorang menghubungi kami. Yang lain kita tidak tahu (keberadaan),\u201d katanya pada sidang media, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, SPRM turut berhubung dengan peguam yang mewakili tiga beradik berkenaan supaya mereka segera hadir ke pejabat suruhanjaya itu bagi membantu siasatan.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada 28 Februari lalu, SPRM memaklumkan telah mengeluarkan Notis Kesan Individu terhadap empat anak Daim susulan kegagalan memberi maklum balas serta tidak mematuhi dua notis rasmi yang diserahkan sebelum ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Siasatan Op Godfather dijalankan mengikut Seksyen 23 dan Seksyen 36 Akta SPRM 2009 serta Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam perkembangan sama, Azam berkata, siasatan turut melibatkan pengesanan harta di beberapa negara yang dipercayai bernilai berbilion ringgit.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKami mempunyai senarai harta-harta di beberapa negara. Saya tidak mahu menyebut negara-negara berkenaan dan juga jumlahnya, tetapi ia berbillion ringgit yang telah kami kesan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Azam, siasatan dikendalikan oleh Bahagian Operasi Khas SPRM, yang kini sedang menjalinkan kolaborasi dan perbincangan dengan pihak berkuasa negara-negara terlibat.<\/p>\n\n\n\n<p>Jelasnya, segala tindakan yang diambil perlu mematuhi undang-undang negara berkenaan menerusi kerjasama perundangan bersama atau Mutual Legal Assistance (MLA).<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, mengulas dakwaan cubaan menjatuhkan kerajaan sedia ada, Azam menegaskan SPRM tidak terlibat dalam siasatan kes berkenaan, namun memberi jaminan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bahawa pihaknya sedia membantu sekiranya diperlukan.<\/p>\n\n\n\n<p>Minggu lalu, PDRM mengesahkan menerima satu laporan berhubung dakwaan sabotaj kerajaan yang didakwa melibatkan individu berpengaruh tempatan dan media antarabangsa.<\/p>\n\n\n\n<p>Isteri Allahyarham Daim, Na\u2019imah Abdul Khalid, sebelum ini tampil menafikan dakwaan berkenaan sambil menyifatkannya sebagai tidak masuk akal serta menegaskan tidak pernah terbabit, mempertimbangkan atau menyokong sebarang usaha sedemikian.<\/p>\n\n\n\n<p>Setakat ini, PDRM sudah merakam keterangan seorang pengadu dan saksi bagi membantu siasatan berhubung dakwaan cubaan menjatuhkan kerajaan dan melakukan sabotaj terhadap negara.&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SEORANG daripada empat anak Allahyarham Tun Daim Zainuddin sudah menghubungi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":2868,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[4],"tags":[],"class_list":["post-3340","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-malaysian-news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3340","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=3340"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3340\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3347,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3340\/revisions\/3347"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/2868"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=3340"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=3340"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=3340"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}