{"id":3471,"date":"2026-03-22T20:25:22","date_gmt":"2026-03-22T12:25:22","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=3471"},"modified":"2026-03-22T20:25:23","modified_gmt":"2026-03-22T12:25:23","slug":"anwar-jelas-punca-harga-bahan-api-melambung","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=3471","title":{"rendered":"Anwar jelas punca harga bahan api melambung"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini tampil memberikan pencerahan kepada orang ramai mengenai lonjakan harga bahan api tempatan yang mencetuskan keresahan meskipun Malaysia merupakan sebuah negara pengeksport minyak.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Penjelasan tersebut dibuat di tengah-tengah ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat, yang secara langsung memberi kesan kepada kestabilan ekonomi domestik.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menerusi hantaran di laman sosial, Anwar menegaskan, realiti ekonomi semasa menunjukkan Malaysia sebenarnya mengimport lebih banyak minyak mentah berbanding jumlah yang dieksport.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mengulas lanjut mengenai faktor gangguan bekalan, beliau berkata, penutupan Selat Hormuz di Iran telah memberi impak besar memandangkan hampir 50 peratus import minyak negara bergantung kepada laluan strategik tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&#8220;Selat Hormuz, laluan utama minyak dunia, terjejas akibat konflik ini. Apabila laluan ini terganggu, bekalan minyak dunia menjadi terhad dan harga melonjak,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Anwar turut mendedahkan bahawa kerajaan terpaksa meningkatkan komitmen subsidi secara mendadak dalam tempoh yang sangat singkat demi melindungi kebajikan rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, jumlah subsidi telah melonjak daripada sekitar RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam tempoh kurang seminggu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&#8220;Rakyat serta majoriti peniaga tidak perlu membayar harga sebenar pasaran kerana subsidi ini disalurkan melalui Budi Madani dan Budi Diesel,&#8221; tambah beliau lagi, merujuk kepada mekanisme bantuan bersasar yang dilaksanakan kerajaan bagi mengurangkan beban kenaikan harga pasaran dunia.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Data yang dikongsikan menunjukkan jurang perdagangan komoditi itu cukup ketara apabila tahun lalu Malaysia mengeksport minyak mentah bernilai RM5.5 bilion, namun nilai import mencecah sehingga RM12.6 bilion.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Situasi ini menjelaskan mengapa kenaikan harga minyak dunia tetap memberi tekanan kepada harga runcit di dalam negara.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebagai perbandingan, harga bahan api di Malaysia masih berada pada tahap yang jauh lebih rendah berbanding negara jiran.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebagai contoh, harga RON95 di Singapura telah mencecah RM10.64 (S3.47)seliter, manakalahargadieseldirepublikitumelonjakkeparasRM11.10(S3.63) seliter setakat 18 Mac lalu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini tampil memberikan pencerahan kepada orang ramai mengenai&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":3472,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[],"class_list":["post-3471","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-madani_news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3471","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=3471"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3471\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3473,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3471\/revisions\/3473"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/3472"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=3471"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=3471"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=3471"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}