{"id":3474,"date":"2026-03-22T20:34:25","date_gmt":"2026-03-22T12:34:25","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=3474"},"modified":"2026-03-22T20:34:27","modified_gmt":"2026-03-22T12:34:27","slug":"anak-adun-pembangkang-pahang-ditahan-berkait-kes-rogol-gadis-bawah-umur","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=3474","title":{"rendered":"Anak Adun pembangkang Pahang ditahan berkait kes rogol gadis bawah umur"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">SEORANG remaja lelaki yang juga anak kepada seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang di Pahang ditahan pihak polis bagi membantu siasatan berhubung kes rogol membabitkan seorang gadis bawah umur.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ketua Polis Daerah Maran, Superintendan Wong Kim Wai mengesahkan suspek yang berusia 17 tahun itu ditahan semalam sejurus laporan polis dibuat oleh ibu mangsa.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jelasnya, mangsa yang berusia 16 tahun mendakwa kejadian berlaku di sebuah rumah di daerah ini pada awal Mac lalu selepas keluar bersiar-siar bersama suspek yang baru dikenali di Bandar Maran.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&#8220;Suspek kemudian membawa mangsa ke sebuah rumah dan merogol gadis terbabit. Mangsa bagaimanapun memaklumkan kejadian itu kepada ibunya semalam sebelum laporan polis dibuat,&#8221; katanya dalam satu kenyataan hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mengulas lanjut mengenai status suspek yang sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu, Kim Wai berkata, remaja berkenaan telah dibebaskan hari ini selepas proses merakam keterangan selesai dijalankan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau menegaskan, tiada keperluan untuk pihaknya memohon perintah tahanan reman memandangkan siasatan terhadap suspek telah lengkap.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&#8220;Keterangan dan sampel darah sudah diambil serta pengakuan jelas suspek,&#8221; tambah beliau lagi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kes kini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Terdahulu, tular di platform media sosial mengenai dakwaan penglibatan anak seorang wakil rakyat pembangkang dalam kes jenayah seksual membabitkan remaja bawah umur di negeri berkenaan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SEORANG remaja lelaki yang juga anak kepada seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang di&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":3475,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[4],"tags":[],"class_list":["post-3474","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-malaysian-news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3474","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=3474"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3474\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3476,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3474\/revisions\/3476"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/3475"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=3474"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=3474"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=3474"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}