{"id":3488,"date":"2026-03-25T23:21:55","date_gmt":"2026-03-25T15:21:55","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=3488"},"modified":"2026-03-25T23:21:56","modified_gmt":"2026-03-25T15:21:56","slug":"ramanan-tegaskan-dia-bukan-mr-r-tak-terima-rm9-5-juta-dari-victor-chin","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=3488","title":{"rendered":"Ramanan tegaskan dia bukan &#8216;Mr R&#8217;, tak terima RM9.5 juta dari Victor Chin"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">MENTERI Sumber Manusia Datuk R. Ramanan tampil menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang mengaitkan dirinya dengan skandal rasuah berjumlah RM9.5 juta melibatkan ahli perniagaan kontroversi, Victor Chin.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Naib Presiden PKR itu menegaskan bahawa beliau tidak pernah mengenali mahupun bertemu dengan individu yang digelar sebagai &#8220;mafia korporat&#8221; tersebut, sekali gus menolak spekulasi bahawa beliau adalah individu bergelar &#8220;Mr R&#8221; seperti yang tular di media sosial.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bercakap dalam satu sidang media di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sungai Buloh hari ini, Ramanan mencabar pihak yang membuat tuduhan untuk mengemukakan bukti kukuh dan bukannya sekadar melemparkan fitnah melulu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&#8220;Aada sebahagian cuba mengaitkan Mr R itu dengan saya. Dia kononnya cakap Mr R itu saya. Saya tak pernah jumpa Mr Chin, saya tak tahu siapa dia, saya tak pernah bercakap dengan dia.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&#8220;Macam mana saya boleh ambil RM9.5 juta daripada seorang yang saya tak kenal?,&#8221; katanya dalam sidang media di Sungai Buloh hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Isu ini semakin panas apabila Ramanan mendakwa serangan terhadapnya didalangi oleh &#8220;cybertrooper&#8221; yang dikaitkan dengan Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli. Beliau menyifatkan tindakan tersebut sebagai cubaan terdesak untuk memecahbelahkan parti.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ramanan turut melancarkan serangan lisan terhadap Rafizi dengan melabelkan beliau sebagai &#8220;menteri gagal&#8221; yang mempunyai agenda tersembunyi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mempersoalkan tindakan Rafizi yang sering mengecam pihak berkuasa, seolah-olah cuba melindungi kumpulan mafia korporat tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Terdahulu, Victor Chin melalui dokumen setebal 40 halaman mendakwa seorang Ahli Parlimen PKR meminta RM10 juta bagi menyelesaikan kemelut yang dihadapinya dengan kumpulan mafia korporat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Chin mendakwa telah menyerahkan RM9.5 juta, namun isu tersebut gagal diselesaikan. Beliau turut memberi kata dua kepada Ahli Parlimen berkenaan:<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&#8220;Sila pulangkan RM9.5 juta sebelum 30 Mac 2026, atau saya akan mendedahkan identiti anda.&#8221;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Setakat ini, identiti sebenar &#8220;Mr R&#8221; masih menjadi tanda tanya, namun Ramanan tetap dengan pendiriannya mencabar mana-mana pihak untuk membuktikan dakwaan pemilikan saham atau sebarang transaksi haram yang dikaitkan dengan namanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>MENTERI Sumber Manusia Datuk R. Ramanan tampil menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang mengaitkan dirinya dengan skandal&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":3489,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[4],"tags":[],"class_list":["post-3488","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-malaysian-news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3488","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=3488"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3488\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3490,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3488\/revisions\/3490"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/3489"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=3488"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=3488"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=3488"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}