{"id":3507,"date":"2026-03-29T13:11:15","date_gmt":"2026-03-29T05:11:15","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=3507"},"modified":"2026-03-29T13:11:17","modified_gmt":"2026-03-29T05:11:17","slug":"dua-ahli-mpp-minta-wang-perlindungan-diarah-letak-jawatan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=3507","title":{"rendered":"Dua ahli MPP minta wang perlindungan diarah letak jawatan"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">DUA individu daripada Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) Wangsa Maju diarahkan melepaskan jawatan masing-masing serta-merta susulan video tular berkaitan dakwaan meminta wang perlindungan daripada sebuah premis perniagaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan, Datuk Azman Abidin berkata keputusan terhadap R Vijeyndran dan G Paarthiydasan itu dicapai dalam mesyuarat Biro Politik PKR Wilayah Persekutuan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata, langkah berkenaan diambil bagi memberikan laluan sepenuhnya kepada proses siasatan polis serta siasatan dalaman parti tanpa sebarang gangguan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&#8220;Parti tidak akan bertolak ansur dan tidak akan melindungi mana-mana ahli atau wakil yang terlibat dalam amalan pemerasan, wang perlindungan atau salah guna kuasa. Keadilan mesti bermula dari dalam parti sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&#8220;Biro Politik juga mengarahkan Jawatankuasa Disiplin PKR Wilayah Persekutuan menjalankan siasatan dalaman secara menyeluruh dan melaporkan dapatan kepada Biro Politik dalam masa terdekat,&#8221; katanya dalam kenyataan, pada Jumaat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Azman berkata, Biro Politik PKR turut mengingatkan semua ahli dan wakil parti bahawa kedudukan sebagai wakil penduduk adalah amanah rakyat yang perlu dilaksanakan dengan penuh integriti.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&#8220;Sebarang penyelewengan akan ditangani dengan tegas tanpa kompromi. PKR akan terus memperjuangkan tadbir urus yang bersih, telus dan berkeadilan di Wilayah Persekutuan,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam pada itu, Biro Politik menyarankan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya terus memantau aktiviti pusat urut di kawasan Wangsa Maju dengan lebih teliti bagi memastikan tiada pelanggaran peraturan, undang-undang atau syarat lesen premis berlaku.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Terdahulu, tular melalui media sosial satu video memaparkan dua individu, yang didakwa meminta wang perlindungan daripada sebuah premis perniagaan dipercayai di ibu negara.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>DUA individu daripada Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) Wangsa Maju diarahkan melepaskan jawatan masing-masing&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":3508,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[4],"tags":[],"class_list":["post-3507","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-malaysian-news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3507","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=3507"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3507\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3509,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3507\/revisions\/3509"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/3508"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=3507"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=3507"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=3507"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}