{"id":3510,"date":"2026-03-29T13:18:27","date_gmt":"2026-03-29T05:18:27","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=3510"},"modified":"2026-03-29T13:18:29","modified_gmt":"2026-03-29T05:18:29","slug":"krisis-asia-barat-malaysia-indonesia-senada-diplomasi-jalan-penyelasaian","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=3510","title":{"rendered":"Krisis Asia Barat: Malaysia, Indonesia senada diplomasi jalan penyelasaian"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">MALAYSIA dan Indonesia bersetuju memperkukuh usaha diplomasi bagi meredakan konflik di Asia Barat, selain melindungi nyawa orang awam serta membuka ruang rundingan ke arah penyelesaian yang aman dan berkekalan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dipersetujui dalam pertemuan beliau dengan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, sempena lawatan khas beliau ke Jakarta, semalam.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurut beliau, kedua-dua negara turut bersetuju untuk bekerjasama dalam melindungi keselamatan orang awam serta menggalakkan usaha dialog bagi mencapai penyelesaian konflik secara damai.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Anwar berkata, kestabilan rantaian bekalan global serta laluan perdagangan strategik, termasuk Selat Hormuz, perlu dipastikan tidak terjejas.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSaya turut maklumkan interaksi dengan rakan-rakan pimpinan antarabangsa sebagai usaha menyatakan solidariti, menyelaras pandangan selain meneliti dampak global, khususnya dalam aspek tenaga dan keselamatan serantau.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cMalaysia kekal dengan pendirian tegas, menolak keganasan, menjunjung undang-undang antarabangsa dan menggesa semua pihak kembali kepada jalan damai,\u201d katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata, pertemuan yang berlangsung dalam suasana penuh bermakna itu turut membuka ruang perbincangan konstruktif antara kedua-dua pemimpin bagi mencari titik persamaan dalam mendepani konflik di Asia Barat yang kini memberi tekanan terhadap keselamatan tenaga serta kestabilan ekonomi global.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cDalam ketidaktentuan global yang kian meruncing, Malaysia dan Indonesia menegaskan keperluan memperkukuh kesepaduan serantau yang berprinsip bagi memelihara keamanan, menjamin kestabilan serta memperkukuh daya tahan ekonomi demi kesejahteraan rakyat,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>MALAYSIA dan Indonesia bersetuju memperkukuh usaha diplomasi bagi meredakan konflik di Asia Barat, selain melindungi&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":3511,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[],"class_list":["post-3510","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-madani_news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3510","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=3510"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3510\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3512,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3510\/revisions\/3512"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/3511"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=3510"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=3510"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=3510"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}