{"id":3517,"date":"2026-03-30T08:00:03","date_gmt":"2026-03-30T00:00:03","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=3517"},"modified":"2026-03-30T08:00:05","modified_gmt":"2026-03-30T00:00:05","slug":"penunggang-motosikal-maut-dilanggar-pemandu-mabuk","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=3517","title":{"rendered":"Penunggang motosikal maut dilanggar pemandu mabuk"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">SEORANG penunggang motosikal maut dirempuh sebuah kereta yang dipandu pemandu mabuk di Jalan Raya Barat di Klang, Selangor.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Berdasarkan rakaman video yang tular di media sosial, kereta jenis Honda City dipandu laju memasuki lorong bertentangan sebelum merempuh motosikal ditunggang lelaki itu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Impak pelanggaran itu menyebabkan mangsa melambung tinggi, berpusing-pusing sebelum terjatuh di atas bumbung sebuah kereta Perodua Myvi dalam kejadian sekitar 11.40 pagi, semalam.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, siasatan awal mendapati kereta jenis Honda City yang dipandu lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an itu datang dari arah Jalan Raya Barat menghala ke Bandar Klang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&#8220;Pemandu berkenaan dipercayai telah memotong beberapa kenderaan di hadapan sebelum memasuki laluan bertentangan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&#8220;Tindakan itu menyebabkan kenderaan dipandunya melanggar sebuah motosikal yang datang dari arah bertentangan,\u201d katanya dalam kenyataan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jit Huey berkata, mangsa seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&#8220;Hasil ujian saringan mendapati pemandu kereta berkenaan positif alkohol dan dadah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&#8220;Suspek telah ditahan bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jit Huey berkata, kes turut disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&#8220;Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SEORANG penunggang motosikal maut dirempuh sebuah kereta yang dipandu pemandu mabuk di Jalan Raya Barat&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":3519,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[4],"tags":[],"class_list":["post-3517","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-malaysian-news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3517","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=3517"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3517\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3520,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3517\/revisions\/3520"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/3519"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=3517"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=3517"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=3517"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}