{"id":3815,"date":"2026-04-19T22:38:48","date_gmt":"2026-04-19T14:38:48","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=3815"},"modified":"2026-04-19T22:38:50","modified_gmt":"2026-04-19T14:38:50","slug":"lebih-ramai-mohon-sertai-rumah-bangsa-termasuk-dari-blok-pembangkang-zahid","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=3815","title":{"rendered":"Lebih ramai mohon sertai &#8216;Rumah Bangsa&#8217; termasuk dari blok pembangkang- Zahid"},"content":{"rendered":"\n<p>PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan lebih ramai nama besar dijangka akan menyertai kembali inisiatif &#8216;Rumah Bangsa&#8217; UMNO termasuk dari blok pembangkang.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, beliau telah mengadakan pertemuan tidak rasmi dengan beberapa tokoh berkenaan yang menyatakan hasrat tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>Walau bagaimanapun, beliau memilih untuk tidak mendedahkan identiti individu-individu tersebut buat masa ini bagi menghormati privasi dan maruah mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Saya menjangkakan lebih ramai lagi nama-nama besar yang akan menyertainya. Mereka sudah bertemu dengan saya secara tidak rasmi.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Ramai yang jumpa, tapi untuk jaga air muka, saya tak perlu sebutkan namanya di sini,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau menegaskan bahawa UMNO sentiasa bersikap terbuka dan mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin kembali memperkasakan parti tanpa mengenakan sebarang syarat ketat.<\/p>\n\n\n\n<p>Ahmad Zahid berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Perasmian RissMart Grocer di Sungai Buloh hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Turut hadir Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad serta Pengerusi RISDA, Mandzri Nasib.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengulas mengenai mekanisme kemasukan semula tersebut, Ahmad Zahid menjelaskan bahawa urusan akan dikendalikan oleh Jawatankuasa Rumah Bangsa yang dipengerusikan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kita sudah mempermudahkan permohonan ini dengan hanya menulis surat untuk menyatakan hasrat kemasukan dan terus sertai. Kita sudah membuat keputusan bahawa permohonan ini tidak perlu dirujuk oleh jawatankuasa (disiplin),&#8221; jelasnya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan lebih ramai nama besar dijangka akan&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":3816,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[4],"tags":[],"class_list":["post-3815","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-malaysian-news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3815","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=3815"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3815\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3817,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3815\/revisions\/3817"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/3816"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=3815"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=3815"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=3815"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}