{"id":3842,"date":"2026-04-25T12:36:01","date_gmt":"2026-04-25T04:36:01","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=3842"},"modified":"2026-04-25T12:36:03","modified_gmt":"2026-04-25T04:36:03","slug":"mak-cik-bagi-komen-pun-nak-layan-kalau-ada-bukti-bawalah-kata-pm","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=3842","title":{"rendered":"&#8216;Mak cik&#8217; bagi komen pun nak layan?- Kalau ada bukti bawalah, kata PM"},"content":{"rendered":"\n<p>PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, beliau tidak akan membuang masa melayan dakwaan liar yang mengaitkan bekas pembantunya, Datuk Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, kononnya diarahkan mencuri wang untuk disembunyikan di luar negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Menyifatkan dakwaan tersebut sebagai tidak berasas, Anwar meminta pihak media agar tidak memberi ruang kepada spekulasi yang tidak disertakan dengan bukti kukuh.<\/p>\n\n\n\n<p>Bercakap kepada pemberita selepas satu majlis di Johor Bahru semalam, Anwar menyelar tindakan pihak tertentu yang cuba mengheretnya ke dalam naratif berbaur fitnah.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Macam-macam isu ada, tak payah jawablah. Kalau dia ada alasan, dia bagi bukti-bukti. Nak layan&#8230; you layan tu? You layan?<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kalau 1,000 orang komen begitu saya kena jawab semua. Kalau ada bukti bawalah. Kalau tak, macam ni jadi sarang fitnah dan sebagainya. Kita tak nak layan, saya banyak kerja,&#8221; tegasnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Reaksi spontan Perdana Menteri itu merujuk kepada sebuah klip video yang tular di media sosial baru-baru ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Video berkenaan memaparkan perbualan antara seorang ahli perniagaan, Sofia Rini Buyong, dengan seorang individu dipercayai ahli perniagaan, Albert Tei.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam rakaman tersebut, Sofia mendakwa seorang individu bernama &#8220;Anwar&#8221; telah mengarahkan &#8220;Farhash&#8221; untuk mencuri wang dan menghantarnya ke Afrika.<\/p>\n\n\n\n<p>Walau bagaimanapun, Anwar menekankan bahawa undang-undang terpakai kepada semua orang, namun ia tidak bermakna setiap dakwaan tanpa asas perlu diberikan perhatian serius oleh kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Tak ada siapa terkecuali (daripada undang-undang). Tapi makcik mana bagi komen you nak layan?,&#8221; katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, beliau tidak akan membuang masa melayan dakwaan liar&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":3843,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[],"class_list":["post-3842","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-madani_news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3842","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=3842"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3842\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3844,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3842\/revisions\/3844"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/3843"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=3842"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=3842"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=3842"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}