{"id":3859,"date":"2026-04-28T23:21:03","date_gmt":"2026-04-28T15:21:03","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=3859"},"modified":"2026-04-28T23:21:06","modified_gmt":"2026-04-28T15:21:06","slug":"krisis-n9-pm-bertemu-pemimpin-kerajaan-perpaduan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=3859","title":{"rendered":"Krisis N9: PM bertemu pemimpin Kerajaan Perpaduan"},"content":{"rendered":"\n<p>SATU pertemuan difahamkan sedang berlangsung melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama beberapa pemimpin utama Kerajaan Perpaduan, pada Selasa ketika krisis pentadbiran Negeri Sembilan terus menjadi perhatian.<\/p>\n\n\n\n<p>Perkara itu dimaklumkan Menteri Komunikasi yang juga Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil menerusi satu hantaran di Facebook, sebentar tadi dengan kapsyen \u2018Pertemuan berlangsung\u2019.<\/p>\n\n\n\n<p>Menerusi perkongsian itu, pertemuan berkenaan turut disertai Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook serta Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.<\/p>\n\n\n\n<p>Gambar yang dikongsi itu menarik perhatian umum susulan perkembangan politik semasa, khususnya berkaitan isu kepimpinan kerajaan negeri serta hubungan antara parti dalam Kerajaan Perpaduan.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun demikian, sehingga kini belum ada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan berhubung perincian lanjut pertemuan berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum ini, Ahmad Zahid memaklumkan akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri bagi membincangkan isu berkaitan pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Ahmad Zahid berkata, pertemuan itu antara lain akan membincangkan tindakan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) yang menarik sokongan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada Isnin, Aminuddin Harun menyatakan akan meneruskan tugas dan tanggungjawabnya sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan walaupun 14 ADUN BN telah menarik sokongan terhadapnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, beliau telah menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, yang kemudiannya menitahkan supaya pentadbiran negeri diteruskan sehingga terdapat kejelasan muktamad mengenai situasi itu.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SATU pertemuan difahamkan sedang berlangsung melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama beberapa pemimpin&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":3860,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[4],"tags":[],"class_list":["post-3859","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-malaysian-news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3859","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=3859"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3859\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3861,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3859\/revisions\/3861"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/3860"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=3859"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=3859"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=3859"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}