{"id":3864,"date":"2026-04-28T23:34:15","date_gmt":"2026-04-28T15:34:15","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=3864"},"modified":"2026-04-28T23:34:16","modified_gmt":"2026-04-28T15:34:16","slug":"bn-umno-negeri-sembilan-tepis-dakwaan-tebuk-atap","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=3864","title":{"rendered":"BN, UMNO Negeri Sembilan tepis dakwaan &#8216;tebuk atap&#8217;"},"content":{"rendered":"\n<p>UMNO dan Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan menepis dakwaan \u2018tebuk atap\u2019 atau cubaan mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri secara tidak bertanggungjawab.<\/p>\n\n\n\n<p>Menerusi satu kenyataan dikeluarkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN malam ini, pendirian 14 ADUN UMNO BN Negeri Sembilan dibuat secara terbuka, rasmi dan berasaskan prinsip.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, ia bukan tindakan sulit atau rundingan pintu belakang, dan gerakan merebut kuasa sebaliknya pendirian politik yang sah apabila hilang keyakinan terhadap kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPendirian UMNO BN jelas, ini bukan \u2018tebuk atap\u2019. Ini adalah krisis keyakinan terhadap Menteri Besar akibat kegagalan mengurus isu adat dan perlembagaan secara tertib.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cUMNO BN tidak campur urusan adat, tetapi tidak boleh terus memikul tanggungjawab bersama terhadap tindakan eksekutif yang dilihat mencampuri ruang adat dan menjejaskan kestabilan negeri.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPakatan Harapan (PH) perlu memahami bahawa isu ini bukan sekadar pertikaian politik biasa, namun menyentuh krisis yang melibatkan Institusi Adat, Perlembagaan Negeri, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan serta kestabilan pentadbiran negeri,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam kenyataan sama, UMNO BN Negeri Sembilan memaklumkan tindakan dan kenyataan eksekutif kerajaan negeri dilihat memasuki ruang adat serta mencetuskan pertikaian awam.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada masa sama, menurutnya, Exco UMNO BN tidak dimaklumkan secara sewajarnya dalam proses kerajaan negeri.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMaka, UMNO BN tidak boleh terus memikul tanggungjawab bersama terhadap keputusan yang tidak dimaklumkan, tidak dipersetujui dan tidak selari dengan prinsip menghormati adat serta perlembagaan negeri.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAtas sebab itu, tindakan menarik sokongan ini bukan soal prestasi harian Menteri Besar semata-mata, tetapi soal keyakinan terhadap kebijaksanaan kepimpinan beliau dalam mengurus krisis institusi yang amat sensitif.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cUMNO BN Negeri Sembilan juga berpandangan bahawa isu berkaitan adat, institusi dan pentadbiran Negeri Sembilan sewajarnya ditangani dengan penuh kefahaman terhadap konteks negeri ini,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam hal itu, UMNO BN Negeri Sembilan berpandangan lebih wajar ruang penjelasan utama diberikan kepada pimpinan dan wakil rakyat Negeri Sembilan yang lebih memahami kedudukan adat, perlembagaan dan sensitiviti setempat.<\/p>\n\n\n\n<p>Tambahnya, UMNO BN Negeri Sembilan tetap menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, menghormati Institusi Raja-Raja Melayu, mempertahankan Institusi Adat Negeri Sembilan dan berpegang kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSegala langkah selepas ini hendaklah dibuat mengikut lunas perlembagaan, undang-undang negeri dan tertib institusi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cUMNO BN Negeri Sembilan menyeru semua pihak, termasuk Pakatan Harapan, supaya tidak meremehkan krisis ini dengan menyempitkannya kepada naratif \u2018tebuk atap\u2019 atau perebutan kuasa semata-mata.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cRakyat Negeri Sembilan berhak mendapat penjelasan yang jujur berkaitan bagaimana krisis ini berlaku, mengapa Exco UMNO BN tidak dimaklumkan, dan bagaimana keyakinan terhadap pentadbiran negeri boleh dipulihkan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Terdahulu, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh dilapor menegaskan pendiriannya kekal konsisten sejak berlakunya Langkah Sheraton pada 2020 sehingga kini, iaitu menolak sebarang pembentukan kerajaan melalui pendekatan \u2018tebuk atap\u2019.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berkata, ia sejajar dengan prinsip perjuangan UMNO yang tidak pernah tergadai walaupun parti itu bekerjasama dengan mana-mana pihak dalam landskap politik semasa.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum ini, ADUN Pertang, Datuk Seri Jalaluddin Alias juga dilapor menafikan tindakan Barisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan menarik sokongan terhadap kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai langkah \u2018tebuk atap\u2019.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, tindakan itu diambil bagi mempertahankan prinsip parti serta mengelakkan campur tangan politik dalam hal berkaitan institusi raja dan adat.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>UMNO dan Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan menepis dakwaan \u2018tebuk atap\u2019 atau cubaan mengambil alih&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":3865,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[4],"tags":[],"class_list":["post-3864","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-malaysian-news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3864","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=3864"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3864\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3866,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3864\/revisions\/3866"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/3865"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=3864"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=3864"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=3864"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}