{"id":3875,"date":"2026-04-30T08:16:51","date_gmt":"2026-04-30T00:16:51","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=3875"},"modified":"2026-04-30T08:16:52","modified_gmt":"2026-04-30T00:16:52","slug":"umno-hormat-keputusan-14-adun-bn-tapi-kekal-sokong-kerajaan-perpaduan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=3875","title":{"rendered":"UMNO hormat keputusan 14 ADUN BN, tapi kekal sokong Kerajaan Perpaduan"},"content":{"rendered":"\n<p>UMNO menghormati pendirian 14 Adun BN yang menarik sokongan terhadap Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun, namun kekal menyokong kerajaan perpaduan di Negeri Sembilan demi kestabilan.<\/p>\n\n\n\n<p>Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Biro Politik parti itu yang berlangsung malam tadi.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;UMNO Malaysia berpendirian untuk menghormati Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) yang kekal hilang kepercayaan kepada YAB Menteri Besar namun terus menyokong Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan bagi memastikan kestabilan dan kesejahteraan rakyat terpelihara.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Satu pertemuan segera antara Biro Politik UMNO dan Biro Politik Pakatan Harapan (PH) harus diadakan segera bagi merungkai beberapa isu yang melibatkan prinsip-prinsip perjuangan parti masing-masing.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Ini seiring dengan Klausa 5(c) Perjanjian Persefahaman dalam membentuk Kerajaan Perpaduan yang menuntut segala isu dasar yang diperselisihkan diselesaikan dalam Majlis Perundingan,&#8221; katanya dalam satu kenyataan.<\/p>\n\n\n\n<p>Isnin lalu, 14 ADUN UMNO-BN mengumumkan menarik kembali sokongan terhadap Menteri Besar dan kerajaan negeri.<\/p>\n\n\n\n<p>Keputusan itu diambil berhubung sikap dan pendirian Aminuddin dalam menyelesaikan krisis adat dan Perlembagaan di negeri itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pada itu Asyraf berkata, parti itu sentiasa berpegang teguh kepada asas Perlembagaan UMNO menurut Fasal 3.1 yang sentiasa mempertahankan Institusi Raja-Raja Melayu sebagai tonggak kedaulatan negara.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;UMNO Malaysia memandang serius perkembangan mutakhir yang melibatkan krisis Institusi Raja dan adat Negeri Sembilan hingga mencetuskan polemik besar dan salah faham serius di kalangan anggota komponen parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;UMNO Malaysia juga telah mendengar penjelasan tuntas daripada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan mengenai tindakan ADUN BN yang hilang kepercayaan kepada YAB Menteri Besar Negeri Sembilan kerana sikap beliau membelakangkan institusi adat dan Undang-Undang Tubuh Negeri Sembilan,&#8221; katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>UMNO menghormati pendirian 14 Adun BN yang menarik sokongan terhadap Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":3876,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[4],"tags":[],"class_list":["post-3875","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-malaysian-news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3875","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=3875"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3875\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3877,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3875\/revisions\/3877"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/3876"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=3875"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=3875"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=3875"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}