{"id":3902,"date":"2026-05-08T01:32:23","date_gmt":"2026-05-07T17:32:23","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=3902"},"modified":"2026-05-08T01:32:25","modified_gmt":"2026-05-07T17:32:25","slug":"dna-mereka-adalah-khianat-baik-lupakan-sahaja-pas-zahid","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=3902","title":{"rendered":"DNA mereka adalah khianat, baik lupakan sahaja PAS -Zahid"},"content":{"rendered":"\n<p>PRESIDEN UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi secara terbuka menegaskan bahawa isu kepercayaan menjadi tembok penghalang utama untuk menghidupkan semula kerjasama politik antara UMNO dan PAS melalui Muafakat Nasional (MN).<\/p>\n\n\n\n<p>Ahmad Zahid mendedahkan, pengalaman pahit ketika pembentukan MN sebelum ini membuktikan wujudnya masalah dalaman yang serius, sekali gus menjejaskan keikhlasan hubungan antara kedua-dua parti berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Tegasnya, kegagalan kerjasama tersebut untuk bertahan sehingga ke hari ini berpunca daripada sikap pihak lawan yang didakwa tidak setia kepada kesepakatan yang telah dibina.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDulu, saya yang memulakan Muafakat Nasional tetapi \u2018DNA\u2019 mereka adalah khianat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKalau mereka boleh buang sikap itu, mungkin kita boleh pertimbangkan semula. Namun jika masih ada, lebih baik kita lupakan sahaja,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran Pelan Dasar Sosial Negara, di Kuala Lumpur hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Kenyataan Ahmad Zahid itu hadir sebagai respon kepada pelawaan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang sebelum itu menggesa UMNO menilai semula hala tuju politik mereka untuk kembali bekerjasama.<\/p>\n\n\n\n<p>Abdul Hadi dalam nada kritikal mendakwa keputusan UMNO menyertai Kerajaan Perpaduan bersama PKR dan DAP telah melemahkan parti tersebut serta dianggap menyimpang daripada asas perjuangan Islam dan Melayu.<\/p>\n\n\n\n<p>Oleh itu Abdul Hadi menyeru UMNO untuk kembali semula ke pangkal jalan selain menyifatkan agenda perjuangan Islam PAS dan UMNO adalah sama.<\/p>\n\n\n\n<p>Untuk rekod, MN dimeterai pada 2019 sebagai wadah penyatuan politik Melayu-Islam, namun gabungan itu mula retak dan akhirnya terkubur menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) selepas kedua-dua parti memilih haluan berbeza.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PRESIDEN UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi secara terbuka menegaskan bahawa isu kepercayaan menjadi tembok&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":3816,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[],"class_list":["post-3902","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-madani_news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3902","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=3902"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3902\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3903,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3902\/revisions\/3903"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/3816"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=3902"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=3902"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=3902"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}