{"id":3906,"date":"2026-05-10T22:45:15","date_gmt":"2026-05-10T14:45:15","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=3906"},"modified":"2026-05-10T22:45:16","modified_gmt":"2026-05-10T14:45:16","slug":"had-tempoh-jawatan-pm-anwar-berani-layak-dipuji","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=3906","title":{"rendered":"Had tempoh jawatan PM: Anwar berani, layak dipuji"},"content":{"rendered":"\n<p>MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang pemimpin yang luar biasa kerana berani mengambil langkah agresif mengehadkan kuasa sendiri menerusi pengenalan Rang Undang-Undang (RUU) had tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Azalina, tindakan Anwar yang juga Menteri Kewangan itu merupakan satu bentuk \u2018pengorbanan\u2019 yang jarang dilakukan oleh mana-mana individu yang memegang jawatan tertinggi negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau menegaskan bahawa dalam realiti politik, tidak ramai pemimpin mempunyai keinginan untuk menyekat tempoh perkhidmatan mereka sendiri apabila sudah berada di puncak kuasa.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSecara jujurnya, kalau anda seorang Perdana Menteri, adakah anda mahu mengehadkan kuasa sendiri? Sebab itu ramai bercakap tentang perkara ini tetapi tidak ramai boleh melakukannya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cItu sebabnya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim patut dihormati dan dipuji sebab beliau menawarkan dirinya untuk dihadkan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Azalina berkata demikian ketika sesi soal jawab bersama mahasiswa dalam Majlis Penutup Program Townhall Kerangka Akauntabiliti MADANI 2026 di Akademi Perundangan Negara (APN), Bangi hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam nada seloroh namun tegas, Azalina turut memberi penjelasan mudah mengenai bagaimana RUU ini akan memberi kesan kepada barisan bekas Perdana Menteri sekiranya mereka ingin kembali bertanding.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMaksudnya, kalau Tun Dr Mahathir (Mohamad) boleh jadi Perdana Menteri berapa tahun? Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh jadi Perdana Menteri berapa tahun? Dua tahun bukan? Maksudnya (Muhyiddin) tinggal berapa tahun? Tinggal lapan tahun (lagi).<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDatuk Seri Ismail Sabri Yaakob jadi Perdana Menteri (selama) satu tahun bukan? Tinggal berapa? Sembilan tahun (lagi). Kalau Bossku (Datuk Seri Najib Razak)? Bossku sudah sembilan tahun. Tinggal? Setahun. Faham? Macam itulah mudah nak faham,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Menjelaskan rasional di sebalik cadangan had 10 tahun tersebut, Azalina berkata ia adalah langkah proaktif bagi memastikan seseorang pemimpin tidak menjadi terlalu dominan atau menyalahgunakan kuasa akibat tempoh pemerintahan yang terlalu lama.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau percaya bahawa sistem penggantian kepimpinan yang sihat akan membawa perubahan dan idea baharu yang segar demi kemajuan negara.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKenapa pula anda perlu selamanya berkuasa? Tidak baik dan tidak sihat. Sesetengah mereka berfikir kalau boleh mahu meninggal dalam jawatan. Bagi kerajaan sekarang, kita percaya jawatan ini patut dihadkan. Apa salahnya biar orang lain pula sandang jawatan itu?\u201d ulas beliau lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Datuk Zamri Misman dan Ketua Pengarah APN, Rushan Lutfi Mohamed.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, menyifatkan&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":2623,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[4],"tags":[],"class_list":["post-3906","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-malaysian-news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3906","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=3906"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3906\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3907,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3906\/revisions\/3907"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/2623"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=3906"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=3906"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=3906"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}