{"id":3908,"date":"2026-05-10T22:48:26","date_gmt":"2026-05-10T14:48:26","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=3908"},"modified":"2026-05-10T22:48:27","modified_gmt":"2026-05-10T14:48:27","slug":"kerajaan-sedia-semak-subsidi-petrol-t20","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=3908","title":{"rendered":"Kerajaan sedia semak subsidi petrol T20"},"content":{"rendered":"\n<p>KERAJAAN kini sedang memperincikan cadangan semakan semula pemberian subsidi petrol&nbsp;&nbsp;bagi memastikan bantuan tersebut tidak lagi terus dinikmati oleh golongan berpendapatan tinggi yang tidak sepatutnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa langkah tersebut sedang diteliti secara mendalam oleh Pasukan Petugas Pengurusan Krisis (PPPK) di bawah Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Anwar, perbincangan ketika ini tertumpu kepada klasifikasi kumpulan sasar yang tepat bagi mengelakkan bebanan kepada golongan kelas menengah atas.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita sudah meneliti dan ada perbincangan sama ada (semakan subsidi) membabitkan T5, T10, T15 atau T20 kerana kita tidak mahu ia memberi kesan, contohnya kepada kelas menengah atas,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau menjelaskan bahawa pasukan yang dipengerusikan oleh Tan Sri Mohd Hassan Marican itu telah menjalankan penelitian tersebut sejak sebulan yang lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Tegas Perdana Menteri, penelitian rapi amat diperlukan sebelum sebarang keputusan drastik diambil agar mekanisme penyasaran subsidi itu benar-benar mencapai matlamatnya tanpa mencetuskan ralat dalam ekonomi domestik.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJadi, mereka sedang menelitinya. Saya harap kita akan memuktamadkannya nanti,\u201d tambah beliau.<\/p>\n\n\n\n<p>Terdahulu, beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri bersama Mahasiswa India di Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Semalam, Pemuda UMNO bakal membawa usul penarikan balik subsidi petrol bagi golongan berpendapatan tinggi (T20) ke mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti sebagai salah satu resolusi utama hasil Rundingan Meja Bulat Nasional (Rimbun 2.0).<\/p>\n\n\n\n<p>Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menegaskan, langkah rasionalisasi subsidi bersasar ini adalah kritikal memandangkan negara kini berdepan tekanan ekonomi global, khususnya kesan daripada konflik berterusan di Asia Barat.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, Rimbun 2.0 mencadangkan subsidi petrol T20 untuk dialihkan sepenuhnya kepada golongan B40 dan M40.<\/p>\n\n\n\n<p>Dr Akmal menjelaskan kos petrol sekitar RM200 hingga RM400 sebulan tidak memberi kesan besar kepada T20, namun jumlah tersebut amat bermakna bagi kelangsungan hidup golongan berpendapatan rendah dan sederhana.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, Rimbun 2.0 turut mencadang pelaksanaan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) diperkenalkan semula pada kadar permulaan tiga peratus.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KERAJAAN kini sedang memperincikan cadangan semakan semula pemberian subsidi petrol&nbsp;&nbsp;bagi memastikan bantuan tersebut tidak lagi&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":3195,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[],"class_list":["post-3908","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-gov_news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3908","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=3908"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3908\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3909,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3908\/revisions\/3909"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/3195"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=3908"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=3908"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=3908"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}