{"id":3916,"date":"2026-05-13T16:08:17","date_gmt":"2026-05-13T08:08:17","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=3916"},"modified":"2026-05-13T16:08:19","modified_gmt":"2026-05-13T08:08:19","slug":"tegur-pemimpin-pas-usah-putar-belit-fakta-sejarah-sahabat-nabi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=3916","title":{"rendered":"Tegur pemimpin PAS, usah putar belit fakta sejarah sahabat Nabi"},"content":{"rendered":"\n<p>TIMBALAN Pengerusi Ulama UMNO, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali tampil menegur kenyataan berkaitan sejarah para sahabat Nabi Muhammad SAW yang mengelirukan susulan ucapan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Zawawi Salleh.<\/p>\n\n\n\n<p>Menerusi satu hantaran di Facebook, beliau menegaskan bahawa fakta sejarah melibatkan Saidina Umar al-Khattab dan Saidina Abu Bakar al-Siddiq tidak boleh diputar belit demi kepentingan politik atau retorik tertentu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTiada pernah diriwayatkan Umar bin al-Khattab berzina zaman Jahiliyyah. Abu Bakar al-Siddiq seorang ahli perniagaan bukannya \u2018ceti\u2019. Fakta sejarah sahabat perlu dibersihkan daripada kepalsuan,\u201d katanya dalam hantaran tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>Hantaran itu dipercayai merujuk kepada kontroversi ucapan Nik Zawawi yang sebelum ini mengundang kecaman pelbagai pihak selepas dikatakan menyentuh sejarah para sahabat Nabi secara tidak tepat ketika berucap dalam satu program politik.<\/p>\n\n\n\n<p>Kenyataan Khairuddin dilihat menambah tekanan terhadap kepimpinan Pas apabila semakin ramai tokoh agama dan ilmuan tampil menegur penggunaan naratif agama secara semberono dalam ceramah politik.<\/p>\n\n\n\n<p>Beberapa pihak turut menyifatkan isu berkenaan sebagai sensitif kerana melibatkan kemuliaan sahabat Rasulullah SAW yang sepatutnya dibicarakan berasaskan disiplin ilmu, fakta sejarah dan sumber yang sahih.<\/p>\n\n\n\n<p>Pemerhati politik pula melihat polemik tersebut berpotensi memberi kesan terhadap imej Pas, khususnya dalam kalangan pengundi atas pagar dan golongan muda yang semakin sensitif terhadap penggunaan agama dalam wacana politik kepartian.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"800\" height=\"500\" src=\"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/zawawi.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-3917\"\/><\/figure>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Nik Zawawi yang juga Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS telah memohon maaf secara terbuka serta menarik balik kenyataan kontroversi itu pada hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau menjelaskan, kenyataan berkenaan tercetus akibat kelemahan dalam penyampaian dan pengolahan fakta sehingga menimbulkan salah faham serta menyinggung sensitiviti banyak pihak.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJusteru itu, saya dengan rendah hati memohon maaf atas kekhilafan tersebut. Saya sama sekali tidak berniat untuk menjatuhkan maruah atau menghina insan-insan terpilih yang dimuliakan oleh Allah SWT,\u201d katanya menerusi kenyataan, hari ini.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>TIMBALAN Pengerusi Ulama UMNO, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali tampil menegur kenyataan berkaitan sejarah para&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":3918,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[4],"tags":[],"class_list":["post-3916","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-malaysian-news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3916","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=3916"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3916\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3919,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3916\/revisions\/3919"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/3918"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=3916"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=3916"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=3916"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}