{"id":3936,"date":"2026-05-15T07:07:00","date_gmt":"2026-05-14T23:07:00","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=3936"},"modified":"2026-05-15T00:11:46","modified_gmt":"2026-05-14T16:11:46","slug":"khairy-kagum-daya-tahan-karisma-anwar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=3936","title":{"rendered":"Khairy kagum daya tahan, karisma Anwar"},"content":{"rendered":"\n<p>BEKAS Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin kagum dengan daya tahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mengharungi cabaran politik tanah air.<\/p>\n\n\n\n<p>Khairy, atau lebih dikenali sebagai KJ, secara terbuka meluahkan rasa kagumnya terhadap kekuatan mental dan fizikal yang dimiliki oleh Perdana Menteri ke-10 itu, yang menyifatkannya sebagai satu ciri unik yang tidak ada pada semua orang.<\/p>\n\n\n\n<p>Membandingkan pengalaman peribadinya selepas dipecat daripada UMNO, Khairy mengakui fasa tersebut amat sukar untuk dilalui. Bagaimanapun, beliau menganggap ujian yang menimpa Anwar jauh lebih ekstrem dan mencabar.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBanyak benda yang saya tidak setuju dengan Datuk Seri Anwar. Kalau orang tanya saya apa ciri-ciri beliau yang paling saya kagum? Ramai akan kata karisma, oriental, atau ketegasannya di peringkat antarabangsa.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTapi bagi saya adalah daya tahan. Saya baru tiga tahun kena buang parti dan saya rasa betapa susahnya untuk membina platform digital serta perniagaan untuk kelangsungan hidup. Bulan-bulan pertama saya dipecat, tiada siapa yang jawab telefon saya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cNamun, Datuk Seri Anwar dihumban ke dalam penjara, diaibkan di depan seluruh dunia\u2026 tetapi beliau masih lagi tidak berputus asa,\u201d katanya seperti dilaporkan Utusan TV.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengulas lanjut, bekas Ahli Parlimen Rembau itu menegaskan bahawa untuk melahirkan seorang pemimpin yang kental, individu tersebut perlu diuji dengan pelbagai kesusahan dan rintangan yang getir.<\/p>\n\n\n\n<p>Jelasnya, sejarah membuktikan hampir kesemua pemimpin utama negara pernah melalui fasa gelap dalam kerjaya politik mereka sebelum bangkit semula.<\/p>\n\n\n\n<p>Khairy berkata, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah digugurkan daripada Kabinet oleh Tun Dr Mahathir Mohamad ketika krisis Team A dan Team B pada tahun 1987.<\/p>\n\n\n\n<p>Manakala, Datuk Seri Najib Razak kini sedang melalui fasa paling mencabar dalam hidupnya di hujung kerjaya politik beliau.<\/p>\n\n\n\n<p>Anwar pula berdepan fasa paling ekstrem merangkumi pemecatan, pengaibkan, dan hukuman penjara sebelum diangkat sebagai \u201cPMX\u201d.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSama ada setuju atau tidak, sama ada beliau bagus atau tidak sebagai PM, itu kita tolak ke tepi. Tetapi dari segi daya tahan, saya memang kagum.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPolitik bukan kerjaya main-main, ia adalah kerjaya yang serius. Kita boleh hilang segala-galanya dalam sekelip mata sahaja,\u201d katanya<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>BEKAS Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin kagum dengan daya tahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":3452,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[],"class_list":["post-3936","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-madani_news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3936","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=3936"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3936\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3937,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3936\/revisions\/3937"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/3452"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=3936"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=3936"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=3936"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}