{"id":3962,"date":"2026-05-21T20:39:27","date_gmt":"2026-05-21T12:39:27","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=3962"},"modified":"2026-05-21T20:39:32","modified_gmt":"2026-05-21T12:39:32","slug":"anwar-ibrahim-the-48-law-of-power","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=3962","title":{"rendered":"Anwar Ibrahim &amp; The 48 Law of Power."},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">POLITIK peringkat tertinggi adalah seni membaca manusia, membaca musuh, membaca masa depan dan paling penting membaca perangkap sebelum orang lain sedar ia wujud.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sepanjang tempoh pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atau mesra disapa PMX pada penggal ini , saya meneliti dan memerhati gaya, strategi dan seni pemerintahan beliau dengan merujuk satu buku berjudul The 48 Law of Power.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dan dalam buku itu, saya dapati ada beberapa hukum yang seolah-olah sedang dizahirkan melalui langkah dan seni pemerintahan PMX ketika ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dan tidak hairanlah jika benar beliau memanfaatkan seni percaturan itu kerana pada saya beliau telah belajar dan hadam tentang seni kuasa melalui penjara, pengkhianatan, penghinaan dan perjalanan hidup yang panjang untuk bangkit semula.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Antara yang saya dapati untuk pembacaan ketika ini adalah :<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Law 2 : Don\u2019t Trust Your Friends Too Much &amp; Learn How To Use Enemies<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ini antara hukum paling jelas dapat dilihat dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan. Ironinya, ramai musuh politik beliau suatu ketika dulu akhirnya menjadi sebahagian daripada sistem pentadbiran beliau hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">UMNO yang sebelum ini menjadi instrumen yang paling keras menentang beliau, sebaliknya hari ini berada dalam kerajaan yang sama di bawah pimpinan beliau demi kestabilan negara. Dan di sinilah saya kira masih ramai yang gagal memahami seni percaturan Anwar Ibrahim.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau sedar bahawa kawan dalam politik itu tidak semestinya kekal dan setia selamanya. Sejarah politik Malaysia sendiri membuktikan bahawa pengkhianatan terbesar yang berlaku itu datang dari orang dalam dan rakan seperjuangan sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sheraton Move itu bukanlah dilakukan oleh musuh tradisinya semata-mata, sebaliknya ia digerakkan oleh mereka yg asalnya berada dalam saf reformasi. Sebab itu PMX hari ini lebih banyak bermain dengan struktur kuasa berbanding dengan politik sentimen.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau menggunakan bekas seterunya untuk menstabilkan negara, memecahkan dominasi ekstremisme dan mengelakkan negara terus terperangkap ke dalam kancah politik ekstrem yang memecah-belahkan rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Law 3 : Never Show Your Plan<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pada saya ini mungkin antara senjata paling kuat Anwar Ibrahim. Sepanjang karier politik beliau, ramai yang cuba membaca langkah beliau lebih awal dan tak kurang ramai juga akhirnya tersilap.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau tidak mendedahkan percaturan penuh kepada umum. Beliau lebih suka membiarkan lawan bercakap dan membuat kesimpulan terlebih awal sementara beliau bergerak dalam diam. Ramai menjangka bahawa kerajaan beliau akan tumbang tak sampai habis penggal. Tetapi realitinya hingga hari ini, beliau masih kekal mengawal pusat kuasa negara..<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Law 6 : Court Attention At All Costs<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Anwar Ibrahim faham bahawa dalam seni pemerintahan, persepsi adalah sebahagian daripada kuasa. Sebab itu beliau sentiasa berada dalam radar nasional dan antarabangsa.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Setiap ucapan beliau diperhatikan. Setiap lawatan luar negara diberi perhatian. Setiap sidang media menjadi tajuk utama. Meskipun pihak lawan menjadikan ia sebagai isu publisiti, namun dalam dunia politik global, visibility adalah currency.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau tahu bahawa seorang Perdana Menteri yang tenggelam daripada perhatian rakyat akan hilang momentum politik. Sebab itu beliau sentiasa memastikan naratif kerajaan Madani terus hidup di media, di pentas antarabangsa dan dalam perbincangan rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Daripada pidato Madani, lawatan pelaburan, sesi townhall hinggalah ke perbahasan di Parlimen, beliau akan pastikan dirinya kekal menjadi pusat graviti politik negara. Dan secara strategiknya, ini memaksa lawan untuk sentiasa bermain dalam gelanggang yang beliau kawal.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Law 12 : Use Selective Honesty and Generosity To Disarm Your Victim<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ini hukum paling menarik bila dikaitkan dengan gaya Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim selalunya memilih untuk tampil dengan pendekatan yang lebih terbuka dan sederhana berbanding pemimpin politik lain.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau mengisytiharkan usaha reformasi institusi secara terbuka. Beliau mengurangkan kemewahan perbelanjaan pentadbiran. Beliau bercakap soal tatakelola, integriti dan ketelusan hampir setiap minggu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tak kurang ramai pihak lawan yang memperlekehkan pendekatan ini. Tapi tanpa sedar, pendekatan itu sebenarnya yang memerangkap pihak lawan sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apabila PMX bercakap tentang tatakelola dan integriti, pembangkang akhirnya terpaksa bermain d imedan yang sama.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Di situlah masalah bermula untuk mereka. Kerana daripada situ rakyat mula membandingkan trek rekod. Rakyat mula berfikir dan melihat kembali sejarah. Siapa yang berdegar-degar bercakap soal maruah bangsa dan agama namun gagal untuk mengangkat kehidupan rakyat sewaktu mereka berkuasa.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">PMX tidak perlu menyerang terlalu agresif. Ada ketikanya cukup sekadar konsisten menunjukkan keterbukaan dan kestabilan. Kerana dalam seni kuasa ini, musuh yg hilang sabar biasanya akan mendedahkan kelemahan mereka sendiri. Dan itulah yg sedang berlaku hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Anwar Ibrahim memang bukan pemimpin yang sempurna. Tetapi selepas puluhan tahun jatuh dan bangun, beliau memahami satu hakikat yg ramai politikus masih gagal faham.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hakikat bahawa , Kuasa itu bukan hanya tentang menang pilihan raya. Tetapi kuasa adalah tentang mengawal tempo permainan, membaca manusia dan bertahan lebih lama daripada musuh\u00b2 sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dan setakat hari ini, suka atau tidak, Anwar Ibrahim masih kehadapan dan mengawal papan catur itu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><em><strong>NOTA: Tulisan ini hasil karya netizen yang bernama Aliff Jamil sepenuhnya tanpa disunting dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sebenar Hello Malaysia<\/strong><\/em><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>POLITIK peringkat tertinggi adalah seni membaca manusia, membaca musuh, membaca masa depan dan paling penting&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":3963,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[4],"tags":[],"class_list":["post-3962","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-malaysian-news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3962","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=3962"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3962\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3964,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3962\/revisions\/3964"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/3963"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=3962"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=3962"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=3962"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}