{"id":3968,"date":"2026-05-25T22:58:03","date_gmt":"2026-05-25T14:58:03","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=3968"},"modified":"2026-05-25T22:58:04","modified_gmt":"2026-05-25T14:58:04","slug":"loke-setuju-cadangan-tok-mat-bubar-dun-rungkai-kemelut","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=3968","title":{"rendered":"Loke setuju cadangan Tok Mat bubar DUN rungkai kemelut"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">DAP menyarankan agar Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dibubarkan bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri (PRN) sekali gus merungkai kemelut yang melanda negeri itu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagaimanapun katanya, perkara itu terserah kepada kebijaksanaan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, kata Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">DAP katanya, telah mengemukakan cadangan berkenaan kepada Aminuddin untuk pertimbangan lanjut.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurut Anthony yang juga Menteri Pengangkutan, mesej kesediaan DAP telah dinyatakan dengan jelas sewaktu Konvensyen Pakatan Harapan (PH) di Johor, baru-baru ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cMesej kita sangat jelas, Negeri Sembilan bersedia mengadakan pilihan raya serentak dengan Johor.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cJika DUN Johor dibubarkan dalam waktu terdekat, mungkin DUN Negeri Sembilan juga akan mengikut jejak yang sama,\u201d katanya kepada media selepas Majlis Hi-Tea Bersama Menteri Pengangkutan dan Penyampaian Insentif Pelajar Cemerlang SPM Parlimen Seremban, di Seremban, pada Ahad.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebelum ini, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mencadangkan agar DUN Negeri Sembilan dibubarkan bagi menamatkan kemelut politik yang melanda negeri itu ketika ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata, langkah tersebut adalah wajar bagi mengembalikan mandat kepada rakyat untuk memilih pentadbiran baharu selepas kedudukan Menteri Besar dilihat goyah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSebaiknya beliau membubarkan DUN dan kita pulangkan semula mandat kepada rakyat untuk membuat keputusan siapa yang mereka nak untuk mentadbir Negeri Sembilan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sementara itu Anthony berkata, ketidakstabilan politik semasa dengan segelintir Adun bermakna \u201ctarik tali\u201d sokongan mereka tidak harus dibiarkan berlarutan kerana ia menjejaskan pentadbiran negeri.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKalau kita teruskan begini pun susah. Kita tidak tahu, kadangkala ada sokongan, tapi pada bila-bila masa sahaja sokongan itu boleh ditarik balik,\u201d katanya <\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>DAP menyarankan agar Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dibubarkan bagi memberi laluan kepada pilihan&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":3939,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[],"class_list":["post-3968","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-madani_news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3968","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=3968"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3968\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3969,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3968\/revisions\/3969"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/3939"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=3968"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=3968"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=3968"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}