{"id":3970,"date":"2026-05-25T23:02:58","date_gmt":"2026-05-25T15:02:58","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=3970"},"modified":"2026-05-25T23:03:00","modified_gmt":"2026-05-25T15:03:00","slug":"kerajaan-setuju-teruskan-budi-angri-komoditi-secara-bersasar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=3970","title":{"rendered":"Kerajaan setuju teruskan BUDI Angri-Komoditi secara bersasar"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">KERAJAAN akan meneruskan pelaksanaan inisiatif BUDI MADANI: BUDI Agri-Komoditi secara bersasar sebagai langkah membantu pekebun kecil, pengusaha serta golongan rentan menghadapi cabaran ekonomi semasa.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu dipersetujui dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang diadakan hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurut beliau, kerajaan mengambil kira tekanan kenaikan kos dan ketidaktentuan ekonomi global yang memberi kesan langsung kepada kehidupan rakyat serta sektor ekonomi domestik.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKerajaan MADANI memahami denyut nadi rakyat yang sedang berdepan tekanan kenaikan kos dan ketidaktentuan ekonomi dunia.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cAtas pertimbangan itu, kerajaan bersetuju meneruskan inisiatif BUDI MADANI: BUDI Agri-Komoditi secara bersasar demi membantu pekebun kecil, pengusaha dan golongan rentan yang menjadi tulang belakang ekonomi negara,\u201d katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam mesyuarat sama, kerajaan turut menerima pembentangan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) berkaitan kesan krisis rantaian bekalan global terhadap ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mengulas mengenai situasi bekalan ubat, Anwar berkata, keadaan semasa masih terkawal dan berada pada tahap stabil.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKKM akan terus memantau secara rapi sebarang cabaran rantaian bekalan dan harga ubat bagi memastikan rakyat tidak menjadi mangsa keadaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cApa jua cabaran yang mendatang, Kerajaan MADANI akan terus bekerja keras, bertindak dengan ihsan dan memastikan kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan negara,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KERAJAAN akan meneruskan pelaksanaan inisiatif BUDI MADANI: BUDI Agri-Komoditi secara bersasar sebagai langkah membantu pekebun&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":3971,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[4],"tags":[],"class_list":["post-3970","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-malaysian-news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3970","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=3970"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3970\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3972,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3970\/revisions\/3972"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/3971"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=3970"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=3970"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=3970"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}