{"id":4043,"date":"2026-06-19T23:15:13","date_gmt":"2026-06-19T15:15:13","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=4043"},"modified":"2026-06-19T23:15:14","modified_gmt":"2026-06-19T15:15:14","slug":"kerajaan-madani-lulus-penubuhan-majlis-tahfiz-negara-zahid","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=4043","title":{"rendered":"Kerajaan MADANI lulus penubuhan Majlis Tahfiz Negara &#8211; Zahid"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">KERAJAAN MADANI meluluskan penubuhan Majlis Tahfiz Negara sebagai satu langkah besar bagi menyelaras hala tuju, model pendidikan, standard pengiktirafan dan laluan akademik pelajar tahfiz di seluruh negara.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kelulusan penubuhan Majlis Tahfiz Negara itu diputuskan pada Mesyuarat Kabinet, minggu lalu, lapor BH.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut melantik beliau sebagai Pengerusi Majlis Tahfiz Negara.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cOleh itu, saya mahu pendidikan tahfiz dilihat sebagai laluan yang luas. Mereka bukan sahaja perlu diraikan dalam majlis tetapi mesti diiktiraf dalam sistem.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSaya mahu anak-anak tahfiz mampu bergerak dari madrasah ke universiti, daripada hafazan kepada kemahiran dan daripada institusi tahfiz ke dunia profesional dengan keyakinan, kelayakan dan masa depan yang lebih terbuka,\u201d katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Himpunan Huffaz Pahang 2026 di perkarangan Rumah Pahang, Kompleks Yayasan Pahang, pada Khamis.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam usaha memperkukuh pendidikan tahfiz negara, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menghargai usaha Kerajaan Pahang, Yayasan Pahang dan semua pihak yang membina ekosistem tahfiz negeri itu dengan lebih tersusun.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, Pahang membuktikan pendidikan tahfiz boleh dibangunkan bukan secara terpisah tetapi sebagai satu laluan ilmu yang lengkap.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cBermula daripada peringkat awal kanak-kanak, disambung ke sekolah rendah, diperkukuh melalui maahad tahfiz, diperluas kepada pengajian turath dan akhirnya dibuka ke pentas antarabangsa.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cContohnya, usaha menyemai kecintaan kepada al-Quran sejak usia awal diterjemahkan di Pahang melalui ilham Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerusi Tadika Tahfiz Negeri Pahang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cDaripada asas awal inilah, Pahang membina laluan tahfiz yang lebih tersusun, berperingkat dan memberi makna besar kepada masa depan anak-anak huffaz.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cLebih membanggakan, model ini tidak terhenti di Pahang. Melalui kerjasama Yayasan Pahang dan KEMAS sejak 2023, Modul Tadika Tahfiz Negeri Pahang disebarluaskan ke TABIKA KEMAS seluruh negara dengan pembabitan 146,390 kanak-kanak dalam program `huffaz cilik\u2019 ini melalui 9,745 TABIKA KEMAS,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata, ia membuktikan apabila pendidikan al-Quran disusun dengan visi yang jelas, ia boleh bermula seawal usia kecil, berkembang dalam sistem Pendidikan dan melahirkan generasi yang bukan sahaja dekat dengan al-Quran tetapi memiliki asas adab, disiplin dan kecintaan kepada ilmu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">,\u201cSaya juga menyambut baik usaha MARA yang membuka banyak ruang pendidikan kepada anak-anak tahfiz ini khususnya dengan kerjasama bersama Yayasan Pahang bagi meluaskan akses pendidikan tahfiz terbaik di dalam dan luar negara.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cInilah bentuk sinergi yang kita perlukan apabila negeri, agensi persekutuan dan institusi pendidikan bergerak bersama untuk membina masa depan anak-anak huffaz dengan lebih bermakna,\u201d katanya.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KERAJAAN MADANI meluluskan penubuhan Majlis Tahfiz Negara sebagai satu langkah besar bagi menyelaras hala tuju,&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":4044,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[4],"tags":[],"class_list":["post-4043","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-malaysian-news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4043","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=4043"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4043\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4045,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4043\/revisions\/4045"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/4044"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=4043"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=4043"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=4043"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}