{"id":4059,"date":"2026-06-25T21:32:01","date_gmt":"2026-06-25T13:32:01","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=4059"},"modified":"2026-06-25T21:32:03","modified_gmt":"2026-06-25T13:32:03","slug":"masuk-u-ikut-pintu-belakang-haim-hilman-didakwa-di-mahkamah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=4059","title":{"rendered":"Masuk U ikut &#8216;pintu belakang&#8217;: Haim Hilman didakwa di mahkamah"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra, Haim Hilman Abdullah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Seremban hari inii, atas pertuduhan menimbulkan kebimbangan orang awam berhubung kenyataannya kononnya universiti awam menjual tempat kepada golongan tertentu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Haim Hilman, 53, yang juga Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah sebagai Orang Kena Saman (OKS) membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Nurul Saqinah Rosli selepas pertuduhan dibacakan, lapor Sinar Harian.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mengikut pertuduhan, OKS dengan niat telah menyebabkan kebimbangan kepada orang awam yang demikian mana-mana orang mungkin terdorong untuk melakukan kesalahan terhadap ketenangan awam.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Antara kenyataan yang dikeluarkan adalah \u2018Apa berlaku di IPTA hari ini? Universiti sedang menjual tempat-tempat untuk anak-anak kita kepada orang ada duit.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cHari ini ada satu pintu masuk kat IPTA, pintu belakang, UPU dia tak layak, UPU dia tak sampai tahap ikut merit dia kalah. Tapi ayah dia orang kaya, keluarga dia ada duit\u2019.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cBukan salah ibu ayah yang ada kemampuan, salah kerajaan tidak menambah tempat di universiti. Dah tahu orang makin ramai pandai, jumlah di fakulti tidak ditambah. Inilah bala yang sedang melanda negara kita\u2019.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kesalahan berkenaan dilakukan pada 13 Jun 2026 di antara jam 8 malam hingga 12 tengah malam di Markas PAS Seremban.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Berikutan itu, OKS telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan [AKta 574), sabit kesalahan, boleh dihukum penjara yang boleh sampai dua tahun atau denda atau dengan kedua-duanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pengarah Pendakwaan Negeri Sembilan, Ku Hayati Ku Harun mencadangkan jaminan RM10,000 dengan syarat tambahan menyerahkan pasport kepada mahkamah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Haim Hilman yang diwakili enam peguam yang diketuai Mohd Fauzi Che Abu dalam rayuannya berpendapat, jumlah jaminan yang ditawarkan pihak pendakwaan adalah bersifat menghukum dan tidak munasabah selain turut mencadangkan jaminan RM5,000.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau turut membantah syarat tambahan dimohon pihak pendakwaan yang meminta tertuduh menyerahkan pasport.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKami bantah atas tiga faktor iaitu kes ini didaftarkan di bawah saman jenayah yang mana kezalimannya dokumen perjalanan ini akan diserahkan kepada mahkamah untuk kesalahan-kesalahan yang lebih serius.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cIa melibatkan pengubahan wang haram di bawah akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana hukuman ini akan menyebabkan orang akan melarikan diri.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cTapi dalam kes ini, sifat pertuduhan tidak serius berbanding kesalahan yang saya sebutkan tadi,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata, tindakan mengambil dokumen perjalanan antarabangsa OKS akan menganggu tugas dan amanahnya sebagai exco dan ADUN yang sering ke luar negara untuk urusan rasmi kerajaan negeri Kedah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, anak guamnya juga hadir ke mahkamah untuk prosiding hari ini atas kerelaannya sendiri untuk membersihkan namanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin tanpa syarat tambahan dan sebutan semula kes untuk serahan dokumen pada 30 Julai depan jam 9 pagi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebelum ini, Haim Hilman didakwa menyatakan bahawa institusi pengajian tinggi awam (IPTA) menafikan hak 30,000 pelajar yang layak kerana amalan tidak telus dan wujud unsur \u2018pintu belakang\u2019 dalam satu ceramah umum di Markas Pas Kawasan Seremban pada 13 Jun lalu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) kemudian dalam kenyataannya memaklumkan pihaknya memandang serius tuduhan berkenaan termasuk dakwaan kononnya institusi itu menjual tempat kepada golongan tertentu<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra, Haim Hilman Abdullah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":4060,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[4],"tags":[],"class_list":["post-4059","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-malaysian-news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4059","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=4059"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4059\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4061,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4059\/revisions\/4061"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/4060"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=4059"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=4059"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=4059"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}