{"id":4086,"date":"2026-07-06T23:18:34","date_gmt":"2026-07-06T15:18:34","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=4086"},"modified":"2026-07-06T23:18:35","modified_gmt":"2026-07-06T15:18:35","slug":"kes-tikam-di-sekolah-henti-sebar-spekulasi-fadhlina","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=4086","title":{"rendered":"Kes tikam di sekolah: Henti sebar spekulasi &#8211; Fadhlina"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">MENTERI Pendidikan, Fadhlina Sidek, menggesa orang ramai agar menghentikan penyebaran berita palsu mahupun sebarang rekaan fitnah berhubung insiden terbaharu yang melibatkan sebuah sekolah, baru-baru ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurut beliau, kes tersebut kini berada di bawah siasatan penuh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM). Beliau turut mengesahkan telah berada di lokasi kejadian bagi meninjau situasi berkenaan secara dekat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSaya mohon orang ramai tidak menyebarkan berita palsu atau merekayasa fitnah memandangkan kes ini sedang disiasat oleh pasukan PDRM,\u201d katanya dalam satu hantaran di Facebooknya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Fadhlina menjelaskan bahawa pihak berkuasa telah mengambil tindakan pantas dengan melaksanakan semua langkah keselamatan yang diperlukan bagi mengawal keadaan di tempat kejadian, termasuk menahan suspek yang terlibat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagaimanapun, butiran lanjut mengenai identiti suspek dan punca kejadian masih belum diperincikan demi menghormati proses siasatan yang sedang berjalan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mengulas mengenai tindakan susulan pihak Kementerian Pendidikan KPM, Fadhlina menegaskan fokus utama kementerian ketika ini adalah memberikan bantuan menyeluruh kepada mangsa dan seluruh warga sekolah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, kementerian akan memastikan mangsa yang terkesan menerima rawatan segera dan terbaik serta memberi sokongan kesihatan mental dan emosi para pelajar, guru, serta pihak pengurusan sekolah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSemoga tuan pengetua, para guru yang kami kasihi dan anak-anak pelajar semuanya diberikan kesabaran dan kekuatan menghadapi ujian ini,\u201d ujarnya lagi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Fadhlina memberi jaminan akan berkongsi perkembangan terkini kes berkenaan dari semasa ke semasa, tertakluk kepada kebenaran dan kelulusan daripada pihak berkuasa. <\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>MENTERI Pendidikan, Fadhlina Sidek, menggesa orang ramai agar menghentikan penyebaran berita palsu mahupun sebarang rekaan&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":4087,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[4],"tags":[],"class_list":["post-4086","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-malaysian-news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4086","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=4086"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4086\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4088,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4086\/revisions\/4088"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/4087"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=4086"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=4086"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=4086"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}