{"id":4097,"date":"2026-07-07T20:48:50","date_gmt":"2026-07-07T12:48:50","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=4097"},"modified":"2026-07-07T20:48:51","modified_gmt":"2026-07-07T12:48:51","slug":"anwar-puji-mb-pahang-jaga-hubungan-baik-dengan-putrajaya","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=4097","title":{"rendered":"Anwar puji MB Pahang jaga hubungan baik dengan Putrajaya"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan pujian kepada Kerajaan Pahang yang menyahut pantas seruan Kerajaan Persekutuan dalam usaha menyelesaikan isu legasi perumahan generasi baharu Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurut beliau, kepantasan ini didorong oleh kerjasama erat yang diberikan oleh pentadbiran negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, khususnya dalam meminda Akta Tanah Kawasan Penempatan Berkelompok 1960.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pindaan tersebut amat signifikan bagi membolehkan lebih daripada satu unit rumah dibina di atas satu lot kediaman yang sama di kawasan rancangan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bercakap ketika merasmikan Sambutan Hari Peneroka dan 70 Tahun FELDA di Stadium Tun Abdul Razak di Jengka, hari ini, Anwar menyifatkan hubungan harmoni antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri sebagai pemangkin utama yang memudahkan pelaksanaan pelbagai agenda pembangunan demi rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cJadi, kita telah tubuhkan jawatankuasa menyelesaikan isu legasi dan terima kasih Datuk Wan Rosdy, ini negeri Pahang di antara yang paling cepat yang menyambut seruan ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKita Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri ini kena hubungan yang baik. Jadi senang, dia minta apa-apa, saya boleh pertimbang. Ini contoh Pahang ini patut negeri-negeri lain belajar,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;Hadir sama pada majlis itu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar; barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta ketua-ketua jabatan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mengulas lanjut mengenai Projek Perumahan Generasi Baharu FELDA (PGBF), Anwar mendedahkan projek yang bermula sejak tahun 2013 itu secara keseluruhannya melibatkan 43 tapak dengan 8,024 unit rumah di beberapa buah negeri termasuk Pahang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagi memastikan nasib generasi baharu FELDA terus terbela, beliau telah mengarahkan pihak pengurusan tertinggi FELDA untuk mengemukakan laporan terperinci mengenai projek-projek perumahan yang mengalami kelewatan atau terbengkalai dalam tempoh dua bulan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ketegasan itu bagi memastikan tiada lagi kelewatan melampau yang menjejaskan impian generasi muda FELDA untuk memiliki kediaman sendiri.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan pujian kepada Kerajaan Pahang yang menyahut pantas seruan&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":4098,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[],"class_list":["post-4097","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-madani_news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4097","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=4097"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4097\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4099,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4097\/revisions\/4099"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/4098"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=4097"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=4097"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=4097"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}