{"id":4103,"date":"2026-07-07T21:01:23","date_gmt":"2026-07-07T13:01:23","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=4103"},"modified":"2026-07-07T21:01:25","modified_gmt":"2026-07-07T13:01:25","slug":"bmw-diguna-pm-hanya-pinjaman-sementara-jpm","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=4103","title":{"rendered":"BMW diguna PM hanya pinjaman sementara &#8211; JPM"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">JABATAN Perdana Menteri (JPM) menjelaskan penggunaan sebuah kenderaan BMW oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanyalah bersifat sementara dan bukan melibatkan pembelian atau penyediaan kenderaan rasmi baharu seperti yang didakwa di media sosial.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam satu kenyataan, JPM bersama Bahagian Istiadat dan Urusetia Antarabangsa (BIUPA) memaklumkan, bahawa kenderaan tersebut merupakan aset sedia ada milik BIUPA yang sememangnya disediakan bagi memenuhi keperluan rasmi negara.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKenderaan berkenaan disediakan bagi memenuhi keperluan rasmi negara, khususnya untuk kegunaan Ketua-Ketua Negara dan Ketua-Ketua Kerajaan bertaraf Presiden atau Perdana Menteri sempena lawatan rasmi ke Malaysia, selaras dengan keperluan protokol dan keselamatan antarabangsa.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cBagi tujuan itu, kenderaan ini perlu memenuhi spesifikasi keselamatan yang direka untuk menahan ancaman balistik berkaliber tinggi, letupan, serta risiko keselamatan moden termasuk ancaman dron,\u201d menurut kenyataan itu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">JPM memberitahu, kenderaan itu dipilih untuk digunakan secara sementara oleh Perdana Menteri atas nasihat dan penilaian keselamatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berikutan kenderaan rasmi Perdana Menteri yang dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong sedang menjalani penyelenggaraan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sehubungan itu, JPM berharap penjelasan tersebut dapat memperbetulkan salah faham berhubung dakwaan penggunaan kenderaan BMW berkenaan, sambil menegaskan ia bukan aset baharu yang diperoleh khusus untuk kegunaan Perdana Menteri, sebaliknya merupakan aset kerajaan yang telah tersedia untuk urusan rasmi negara.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>JABATAN Perdana Menteri (JPM) menjelaskan penggunaan sebuah kenderaan BMW oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":4104,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[],"class_list":["post-4103","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-madani_news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4103","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=4103"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4103\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4105,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4103\/revisions\/4105"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/4104"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=4103"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=4103"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=4103"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}