{"id":4106,"date":"2026-07-07T21:12:38","date_gmt":"2026-07-07T13:12:38","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=4106"},"modified":"2026-07-07T21:12:39","modified_gmt":"2026-07-07T13:12:39","slug":"tok-mat-seru-orang-muda-buat-pilihan-bijak-demi-kestabilan-politik-pembangunan-johor","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=4106","title":{"rendered":"Tok Mat seru orang muda buat pilihan bijak demi kestabilan politik, pembangunan Johor"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">DATUK Seri Mohamad Hasan menyeru pengundi muda di Johor agar membuat pilihan yang bijak pada Pilihan Raya Negeri (PRN) demi memastikan negeri itu terus menikmati kestabilan politik dan pembangunan yang berterusan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Timbalan Presiden UMNO itu berkata, kelompok pengundi muda kini menjadi majoriti dengan peratusan melebihi 60 peratus daripada keseluruhan pengundi, sekali gus memainkan peranan penting dalam menentukan masa depan Johor.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jelasnya, golongan muda perlu menilai sesuatu berdasarkan fakta dan tidak mudah terpengaruh dengan fitnah serta tohmahan yang berleluasa di media sosial.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cBuatlah keputusan yang baik dan tepat supaya kerajaan yang dibentuk selepas 11 haribulan nanti dapat mentadbir Johor dengan mantap untuk tempoh lima tahun akan datang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cJangan kita pilih kerajaan tetapi tidak memberikan majoriti yang selesa sehingga akhirnya kerajaan tidak dapat menumpukan perhatian kepada pentadbiran kerana terpaksa berdepan pertelagahan sesama parti dalam gabungan kerajaan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata demikian dalam Program Sembang Santai bersama pengundi di PDM Lima Kedai, di Iskandar Puteri pada Isnin.. Turut hadir ialah Ketua UMNO Bahagian Iskandar Puteri, Datuk Hairi A. Malik, dan calon BN Kota Iskandar, Datuk Pandak Ahmad.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Terdahulu dalam ucapannya, Mohamad mengingatkan supaya rakyat tidak lagi terpedaya dengan fitnah dan tohmahan yang disifatkan hanya bertujuan mengelirukan pengundi menjelang hari pengundian.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jelasnya, pelbagai dakwaan yang dimainkan terhadap BN, termasuk kononnya kemenangan BN akan membawa kepada pembebasan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sedangkan ia tidak mempunyai kaitan dengan PRN Johor.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cJangan percaya cakap orang, kalau menang nak bebaskan Datuk Najib. Tak ada kena-mengena. Ini pilihan raya peringkat negeri, bukan sampai ke persekutuan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cRakyat sepatutnya membuat pilihan berdasarkan kemampuan sesebuah parti mentadbir negeri, bukannya terpengaruh dengan persepsi atau retorik politik.\u201d katanya. <\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>DATUK Seri Mohamad Hasan menyeru pengundi muda di Johor agar membuat pilihan yang bijak pada&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":4107,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[4],"tags":[],"class_list":["post-4106","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-malaysian-news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4106","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=4106"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4106\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4108,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4106\/revisions\/4108"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/4107"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=4106"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=4106"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=4106"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}