{"id":4127,"date":"2026-07-13T23:06:35","date_gmt":"2026-07-13T15:06:35","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=4127"},"modified":"2026-07-13T23:06:39","modified_gmt":"2026-07-13T15:06:39","slug":"jangan-terlalu-yakin-dengan-pas-boleh-tukar-tiang-gol-bila-bila-masa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=4127","title":{"rendered":"&#8220;Jangan terlalu yakin dengan PAS, boleh tukar tiang gol bila-bila masa&#8221;"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan semua pihak agar tidak terlalu yakin dengan sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh PAS, memandangkan parti itu mempunyai rekod boleh mengubah pendirian pada bila-bila masa.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Timbalan Perdana Menteri itu menegaskan, tiada sebarang perjanjian rasmi yang wujud antara BN dan PAS ketika ini. Sebaliknya, apa yang berlaku hanyalah sekadar persefahaman biasa dan ia langsung tidak diberi keutamaan oleh BN.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cApa yang dinyatakan itu tidak semuanya harus diterima sebagai satu kenyataan yang tepat kerana kita tidak ada sebarang perjanjian dengan PAS.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cCuma kalau ada perbincangan pun, ia sekadar persefahaman dan kita tidak mengutamakan sebarang perbincangan itu,\u201d katanya pada sidang akhbar selepas Sesi Luncheon Bersama Kontinjen TVET@KKDW ke Pertandingan WorldSkills Shanghai 2026, di ibu negara hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, pengalaman pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebelum ini sudah cukup membuktikan bagaimana kenyataan pemimpin PAS sering kali berbeza dengan realiti sebenar apabila tiba hari penamaan calon dan hari pengundian.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cJadi jangan positif sangatlah dengan mereka ini. Cuma kita harus bersangka baik sahaja, tetapi jangan terlalu positif.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cMereka boleh tukar tiang gol bila-bila masa sahaja. Jadi saya anggap bahawa itu hanyalah kenyataan politik oleh mereka,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ketika ditanya mengenai dakwaan wujud rundingan pembahagian kerusi antara BN dan Pas, beliau sekali lagi memperingatkan bahawa parti tersebut tidak boleh dijadikan sandaran yang kukuh.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cItu sebab saya nyatakan, kata-kata mereka ini kita jangan pegang sangat sebab mereka boleh berubah. Banyak kali, banyak parti dah \u2018kena\u2019 dengan mereka ini. Jadi saya harap mereka tidak berubahlah,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Terdahulu, media melaporkan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang memberi bayangan awal mengenai wujudnya perbincangan berkaitan kerjasama politik serta rundingan kerusi melibatkan parti itu dan BN menjelang PRN Negeri Sembilan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan semua pihak agar tidak terlalu&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":4128,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[4],"tags":[],"class_list":["post-4127","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-malaysian-news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4127","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=4127"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4127\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4129,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4127\/revisions\/4129"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/4128"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=4127"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=4127"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=4127"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}