{"id":4131,"date":"2026-07-13T23:12:21","date_gmt":"2026-07-13T15:12:21","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=4131"},"modified":"2026-07-13T23:13:05","modified_gmt":"2026-07-13T15:13:05","slug":"kor-ming-tak-sepatutnya-keluar-kenyataan-sebegitu-zahid","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=4131","title":{"rendered":"Kor Ming tak sepatutnya keluar kenyataan sebegitu &#8211; Zahid"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">KENYATAAN Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming yang membayangkan mahu meletak jawatan sekiranya UMNO mencatat kemenangan besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor serta pembebasan Datuk Seri Najib Razak, disifatkan sebagai tidak wajar.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kenyataan sedemikian tidak sepatutnya dikeluarkan oleh mana-mana anggota Jemaah Menteri memandangkan mereka kini berada dalam saf pentadbiran kerajaan Perpaduan yang sama.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagaimanapun, beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) menegaskan bahawa perkara tersebut tidak perlu diperbesarkan lagi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cBN menang, dia tak jadi (letak jawatan). Saya tak ada nak nasihatkan. Tapi kenyataan itu biar berpatutan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSebab setiap minggu kita jumpa dalam mesyuarat Jemaah Menteri. Kalau dahulu kita dalam pembangkang, mungkin kenyataan itu boleh dianggap sebagai kenyataan yang seharusnya,\u201d katanya kepada media hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis amanat bersama Kontinjen TVET@KKDW ke Worldskills Shanghai 2026 di sebuah hotel di ibu negara, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mengulas lanjut mengenai dinamika dalaman pentadbiran, Ahmad Zahid menjelaskan bahawa hubungan serta kerjasama sesama anggota Jemaah Menteri ketika ini tetap berada dalam keadaan baik dan profesional.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cTapi apabila kita bersama dalam kerajaan, tak perlulah perkara-perkara begitu. Saya akan jumpa dia, dia kawan saya. Sangat baik. Kita profesional,\u201d kata Ahmad Zahid lagi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tegas Ahmad Zahid, kerajaan Perpaduan akan terus kekal sehingga tamat penggal seperti yang telah dipersetujui semua parti dalam gabungan itu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Semalam Kor Ming yang juga Timbalan Pengerusi DAP mempertahankan keputusannya untuk tidak melepaskan jawatan sebagai anggota Kabinet selepas BN menang besar PRN Johor semalam.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu mendakwa kenyataannya semasa wawancara eksklusif bersama Oriental Daily itu telah disalahtafsirkan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cYang saya nyatakan semasa wawancara tersebut merupakan pendirian saya sebagai seorang peguamcara dan peguambela Mahkamah Tinggi Malaya yang konsisten sepanjang masa iaitu kewibawaan sistem kehakiman negara perlu dipertahankan.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cJika Datuk Seri Najib (Razak) yang mengakibatkan rakyat Malaysia kini terpaksa menanggung hutang 1MDB sebanyak RM51.4 billion boleh dilepaskan tanpa menjalankan hukuman yang setimpal dengan kesalahan walaupun sudah didapati bersalah, ia bermakna kewibawaan sistem kehakiman negara ini telah digadai dan prinsip kedaulatan undang-undang sepertimana yang termaktub dalam Rukun Negara\u00a0\u00a0juga tidak lagi dihormati,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KENYATAAN Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming yang membayangkan mahu meletak jawatan sekiranya&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":3816,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[],"class_list":["post-4131","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-madani_news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4131","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=4131"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4131\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4132,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4131\/revisions\/4132"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/3816"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=4131"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=4131"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=4131"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}