{"id":4173,"date":"2026-07-26T22:32:15","date_gmt":"2026-07-26T14:32:15","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=4173"},"modified":"2026-07-26T22:32:17","modified_gmt":"2026-07-26T14:32:17","slug":"rci-th-tiada-siapa-kebal-zahid","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=4173","title":{"rendered":"RCI TH: Tiada siapa kebal &#8211; Zahid"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan tiada mana-mana individu kebal daripada tindakan undang-undang sekiranya nama mereka dikaitkan dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Lembaga Tabung Haji (TH).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Presiden UMNO itu berkata, segala dapatan RCI perlu didedahkan secara telus dan sekiranya terdapat unsur penyalahgunaan kuasa, penyelewengan, pecah amanah atau salah laku lain, tindakan lanjut hendaklah diambil mengikut proses perundangan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cRCI adalah Suruhanjaya Diraja yang menjalankan siasatan dan dapatannya harus diketahui secara telus.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSelepas itu, jika terdapat sebarang penyalahgunaan kuasa, penyelewengan, pecah amanah atau salah laku lain, ada prosesnya termasuk membuat laporan polis, siasatan oleh pihak berkuasa berkaitan seperti jenayah komersial serta tindakan mengikut aspek perundangan yang lain,\u201d katanya seperti dipetik Bernama.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Karnival Hari Keluarga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Zon Selatan di Kem Syed Sirajuddin, Gemas, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mengulas sama ada pendedahan laporan RCI itu boleh menjejaskan kempen Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, Ahmad Zahid berkata beliau tidak melihat perkara itu akan memberi kesan besar terhadap sokongan pengundi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSaya tidak fikir ia akan ada pengaruh. Rakyat, terutama pengundi di Negeri Sembilan, sangat bijak membuat penilaian. Di minda dan hati mereka, mereka tahu calon mana serta gabungan mana yang akan mereka pilih.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKalau ada niat yang tidak betul, saya harap Allah SWT akan membolak-balikkan hati mereka,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan keyakinan bahawa Jemaah Menteri akan bersetuju dengan cadangan mendedahkan laporan RCI TH kepada umum selepas ia dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurut Anwar, penangguhan pendedahan laporan itu sebelum ini dibuat bagi mengelakkan keyakinan terhadap Tabung Haji terjejas.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagaimanapun, beliau berkata keadaan kini berbeza apabila institusi itu telah berjaya dipulihkan dan turut menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pengundian awal PRN Negeri Sembilan dijadual berlangsung pada 28 Julai, manakala hari pengundian ditetapkan pada 1 Ogos<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan tiada mana-mana individu kebal daripada&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":4174,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[4],"tags":[],"class_list":["post-4173","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-malaysian-news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4173","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=4173"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4173\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4175,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4173\/revisions\/4175"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/4174"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=4173"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=4173"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=4173"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}