{"id":4186,"date":"2026-07-30T21:09:03","date_gmt":"2026-07-30T13:09:03","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=4186"},"modified":"2026-07-30T21:09:05","modified_gmt":"2026-07-30T13:09:05","slug":"bn-yakin-bentuk-kerajaan-negeri-sembilan-1-ogos-ini-jalaluddin","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=4186","title":{"rendered":"BN yakin bentuk Kerajaan Negeri Sembilan 1 Ogos ini &#8211; Jalaluddin"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">BARISAN Nasional (BN) yakin mampu membentuk kerajaan Negeri Sembilan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Sabtu ini susulan peningkatan sokongan rakyat sepanjang tempoh berkempen.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias, berkata keyakinan itu berdasarkan maklum balas positif yang diterima hasil siri lawatan ke seluruh negeri sejak sebelum penamaan calon lagi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurut beliau, trend sokongan terhadap BN menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan di pelbagai kawasan yang dikunjunginya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSaya dapati penambahan sokongan dalam kalangan rakyat di seluruh negeri ini menunjukkan peningkatan yang sangat baik dan luar biasa.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSaya harapkan sokongan mereka ini dapat diterjemahkan pada 1 Ogos nanti, insya-Allah,\u201d katanya selepas mengadakan program walkabout di Rumah Pengundi India, Taman Simpang Pertang, Jelebu, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jalaluddin yang juga calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pertang berkata, peningkatan sokongan bukan hanya datang daripada pengundi Melayu, malah turut melibatkan masyarakat Cina, India, Orang Asli serta pengundi muda dan pengundi kali pertama.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau menyifatkan perkembangan itu sebagai petanda positif buat BN menjelang hari pengundian.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSaya yakin pada 1 Ogos nanti rakyat akan memberikan mandat penuh kepada BN untuk membolehkan BN menubuhkan kerajaan pada malam 1 Ogos, insya-Allah,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mengulas mengenai baki tempoh kempen, Jalaluddin berkata, beliau kini memberi tumpuan kepada lawatan berulang di beberapa kawasan terutama DUN Pertang bagi meraih mandat baharu daripada pengundi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, sambutan yang diterima turut membakar semangat calon-calon BN di kawasan lain.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sehubungan itu, beliau mengingatkan semua jentera parti supaya memastikan penyokong dan pengundi keluar mengundi seawal mungkin serta dalam jumlah yang ramai pada hari pengundian nanti.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>BARISAN Nasional (BN) yakin mampu membentuk kerajaan Negeri Sembilan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) pada&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":4187,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[4],"tags":[],"class_list":["post-4186","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-malaysian-news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4186","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=4186"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4186\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4188,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4186\/revisions\/4188"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/4187"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=4186"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=4186"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=4186"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}