{"id":4198,"date":"2026-07-31T19:47:23","date_gmt":"2026-07-31T11:47:23","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=4198"},"modified":"2026-07-31T19:47:25","modified_gmt":"2026-07-31T11:47:25","slug":"bn-janji-wujud-jawatan-pegawai-khas-hal-ehwal-orang-asli-di-pejabat-mb-jika-menang-prn-n-sembilan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=4198","title":{"rendered":"BN janji wujud jawatan Pegawai Khas Hal Ehwal Orang Asli di pejabat MB jika menang PRN N.Sembilan"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">BARISAN Nasional (BN) berjanji akan mewujudkan jawatan Pegawai Khas Hal Ehwal Orang Asli di Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan sekiranya berjaya membentuk kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Negeri (PRN).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata jawatan itu penting bagi memastikan segala isu, kebajikan dan keperluan masyarakat Orang Asli dapat diselaraskan secara lebih berkesan di peringkat pentadbiran negeri.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurut Timbalan Perdana Menteri itu, cadangan berkenaan akan dikemukakan kepada Menteri Besar baharu daripada BN sekiranya gabungan tersebut diberi mandat mentadbir Negeri Sembilan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKalau saya nak tawarkan lagi, saya akan minta Menteri Besar yang baharu daripada Barisan Nasional mewujudkan Pegawai Khas Hal Ehwal Orang Asli di Pejabat Menteri Besar.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cMaknanya mudah sahaja, kalau kita satu hati dan satu jiwa, semua boleh dibuat,\u201d katanya ketika berucap pada Program Ramah Mesra Bersama Masyarakat Kampung Orang Asli di Kampung Orang Asli Batu Peti, Rompin, Jempol, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ahmad Zahid berkata, beberapa negeri seperti Pahang dan Perak telah mempunyai pegawai khas yang menguruskan hal ehwal masyarakat Orang Asli di Pejabat Menteri Besar masing-masing.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau turut memaklumkan perkara sama telah dibangkitkan kepada Menteri Besar Johor kerana negeri itu juga mempunyai komuniti Orang Asli yang ramai.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, pegawai khas berkenaan berperanan sebagai penghubung antara masyarakat Orang Asli dengan kerajaan negeri, selain membantu mengenal pasti keperluan berkaitan pendidikan, kebajikan dan pembangunan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam pada itu, Ahmad Zahid mendakwa masyarakat Orang Asli di Negeri Sembilan tidak mendapat perhatian sewajarnya sepanjang tempoh pentadbiran kerajaan negeri sejak 2018.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau turut mengulangi komitmen Kerajaan Persekutuan untuk terus memperkasa masyarakat Orang Asli menerusi pelbagai inisiatif termasuk pindaan Akta Orang Asli, peningkatan akses pendidikan serta pembangunan infrastruktur.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, usaha itu bertujuan memastikan masyarakat Orang Asli menikmati pembangunan yang lebih menyeluruh dan berpeluang meningkatkan taraf hidup melalui pendidikan serta kemudahan asas.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>BARISAN Nasional (BN) berjanji akan mewujudkan jawatan Pegawai Khas Hal Ehwal Orang Asli di Pejabat&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":4137,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[4],"tags":[],"class_list":["post-4198","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-malaysian-news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4198","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=4198"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4198\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4199,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4198\/revisions\/4199"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/4137"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=4198"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=4198"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=4198"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}