{"id":4200,"date":"2026-08-04T23:14:41","date_gmt":"2026-08-04T15:14:41","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=4200"},"modified":"2026-08-04T23:14:44","modified_gmt":"2026-08-04T15:14:44","slug":"rci-tabung-haji-sprm-tahan-dua-individu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=4200","title":{"rendered":"RCI Tabung Haji: SPRM tahan dua individu"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">DUA individu pertama ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan khas susulan penubuhan pasukan khas untuk menyemak dan meneliti hasil Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Berita Harian yang memetik sumber melaporkan, mereka yang ditahan membabitkan seorang pengarah syarikat reka bentuk dan bekas pengurus ladang, masing-masing disyaki terbabit dalam kes rasuah serta penyelewengan kontrak bernilai kira-kira RM8 juta.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pengarah syarikat reka bentuk berusia lingkungan 50-an itu ditahan kira-kira jam 7.30 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurut sumber, suspek disyaki memberi rasuah berjumlah kira-kira RM300,000 kepada seorang bekas Ketua Pegawai Operasi (COO) sebuah badan berkanun sebagai balasan untuk memperoleh projek bernilai keseluruhan sekitar RM8 juta.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kesalahan itu dipercayai dilakukan antara tahun 2014 hingga 2018 melalui pengubahsuaian empat unit rumah milik bekas COO berkenaan yang dianggarkan bernilai RM300,000.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sementara itu, seorang lagi suspek yang juga bekas pengurus ladang sebuah syarikat pembekalan anak benih pokok getah ditahan kerana disyaki menyeleweng kontrak pembekalan anak benih getah bernilai kira-kira RM8 juta.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Suspek lelaki berusia lingkungan 50-an itu dipercayai melakukan penyelewengan membabitkan projek pembekalan anak benih di dua syarikat perladangan yang merupakan anak syarikat kepada badan berkanun berkenaan antara tahun 2015 hingga 2017.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau turut ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM malam semalam.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman mengesahkan kedua-dua tangkapan berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata, kes membabitkan pengarah syarikat reka bentuk disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009, manakala kes bekas pengurus ladang disiasat mengikut Seksyen 18 akta yang sama.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam perkembangan berkaitan, Mahkamah Majistret Putrajaya membenarkan reman selama dua hari terhadap pengarah syarikat reka bentuk itu, manakala bekas pengurus ladang berkenaan direman selama tiga hari bagi membantu siasatan lanjut.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>DUA individu pertama ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan khas susulan penubuhan&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":4201,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[4],"tags":[],"class_list":["post-4200","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-malaysian-news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4200","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=4200"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4200\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4202,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4200\/revisions\/4202"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/4201"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=4200"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=4200"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=4200"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}