{"id":4251,"date":"2026-08-21T07:41:22","date_gmt":"2026-08-20T23:41:22","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=4251"},"modified":"2026-08-21T07:41:24","modified_gmt":"2026-08-20T23:41:24","slug":"gst-yang-mengenakan-cukai-terhadap-orang-miskin-tidak-dipertimbangkan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=4251","title":{"rendered":"&#8220;GST yang mengenakan cukai terhadap orang miskin tidak dipertimbangkan&#8221;"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">KERAJAAN Madani tidak menutup ruang untuk memperkemas sistem percukaian negara, termasuk meneliti beberapa elemen daripada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), namun tidak bercadang mengembalikan GST seperti pelaksanaan terdahulu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penambahbaikan terhadap Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) boleh dipertimbangkan bagi memastikan sistem percukaian negara lebih berkesan dan progresif.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurut beliau, kerajaan juga boleh mengambil komponen tertentu yang pernah terdapat dalam GST sekiranya ia bersesuaian, khususnya dalam aspek berkaitan pembayaran elektronik.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Namun, katanya, sebarang perubahan perlu berlandaskan prinsip utama Kerajaan MADANI iaitu memastikan golongan miskin dan berpendapatan rendah tidak terbeban dengan cukai tambahan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKita boleh melakukan penyesuaian terhadap SST atau mengambil beberapa komponen GST, tetapi prinsip asasnya adalah tidak mengenakan cukai kepada golongan yang sangat miskin.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cJusteru, GST sebagai satu prinsip tidak boleh dipertimbangkan,\u201d katanya ketika ditemui selepas merasmikan TikTok Summit Malaysia 2026 pada Khamis.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Anwar berkata, kerajaan tidak bersedia menerima semula asas GST kerana sistem berkenaan bersifat cukai meluas yang turut memberi kesan kepada golongan berpendapatan rendah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau menegaskan, perlindungan terhadap kumpulan berpendapatan rendah akan kekal menjadi pertimbangan utama dalam usaha kerajaan memperkukuh sistem percukaian.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pada Selasa lalu, Perdana Menteri memaklumkan kerajaan terbuka mengkaji kemungkinan menggabungkan elemen SST dan GST bagi menghasilkan sistem percukaian yang lebih progresif.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagaimanapun, SST akan kekal sebagai asas sistem percukaian semasa, dengan kerajaan hanya mempertimbangkan ciri tertentu GST yang dilihat mampu memperbaiki keberkesanan kutipan hasil tanpa menjejaskan kebajikan rakyat berpendapatan rendah.-<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KERAJAAN Madani tidak menutup ruang untuk memperkemas sistem percukaian negara, termasuk meneliti beberapa elemen daripada&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":4252,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[4],"tags":[],"class_list":["post-4251","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-malaysian-news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4251","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=4251"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4251\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4253,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4251\/revisions\/4253"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/4252"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=4251"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=4251"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=4251"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}