{"id":4341,"date":"2026-09-15T23:24:46","date_gmt":"2026-09-15T15:24:46","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=4341"},"modified":"2026-09-15T23:24:48","modified_gmt":"2026-09-15T15:24:48","slug":"persempadanan-parlimen-sabah-sarawak-disegerakan-fahmi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=4341","title":{"rendered":"Persempadanan Parlimen Sabah, Sarawak disegerakan- Fahmi"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">KERAJAAN Persekutuan memberi komitmen untuk mempercepatkan proses persempadanan semula kawasan Parlimen di Sabah dan Sarawak susulan persetujuan meminda Perlembagaan Persekutuan bagi meningkatkan perwakilan kedua-dua negeri itu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, proses berkenaan kini sudah dimulakan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang menyelesaikan beberapa perkara sebelum langkah seterusnya dapat diumumkan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurut beliau, SPR perlu melengkapkan perkara berkaitan terlebih dahulu sebelum cadangan persempadanan itu dibawa untuk pertimbangan Jemaah Menteri.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cYang penting, proses itu sudah bermula dan pihak SPR sudah mengeluarkan kenyataan baru-baru ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cMereka mempunyai beberapa perkara yang perlu diselesaikan sebelum membuat kenyataan tambahan mengenai bila perkara ini akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri dan seterusnya dibawa ke Parlimen,\u201d katanya seperti dipetik Berita Harian.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Fahmi berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberikan komitmen supaya proses berkenaan tidak dilengahkan dan dapat dilaksanakan secepat mungkin.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKomitmen daripada Perdana Menteri adalah untuk pihak SPR menyegerakan proses ini,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke kediaman pengamal media Sarawak, Chimon Upon, Kuching yang terjejas selepas bumbung bangunan bersebelahan runtuh dan menghempap rumah keluarganya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Fahmi sebelum itu ditanya sama ada kerajaan yakin proses perundangan dan persempadanan semula berkenaan dapat diselesaikan sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Langkah meningkatkan perwakilan Sabah dan Sarawak itu sebelum ini diumumkan Anwar sebagai sebahagian daripada usaha mengembalikan semangat serta kedudukan kedua-dua negeri berkenaan selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kerajaan turut bersetuju meminda Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan jumlah penyertaan Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak ditingkatkan melebihi kadar semasa.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KERAJAAN Persekutuan memberi komitmen untuk mempercepatkan proses persempadanan semula kawasan Parlimen di Sabah dan Sarawak&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":3352,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[],"class_list":["post-4341","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-madani_news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4341","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=4341"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4341\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4342,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4341\/revisions\/4342"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/3352"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=4341"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=4341"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=4341"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}