{"id":4394,"date":"2026-09-28T15:25:57","date_gmt":"2026-09-28T07:25:57","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=4394"},"modified":"2026-09-28T15:25:59","modified_gmt":"2026-09-28T07:25:59","slug":"jenazah-tun-dr-siti-hasmah-akan-dikebumikan-di-pusara-negara","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=4394","title":{"rendered":"Jenazah Tun Dr Siti Hasmah akan dikebumikan di Pusara Negara"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">JENAZAH Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali akan dikebumikan di Pusara Negara, Tanah Perkuburan Presint 20, Putrajaya, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jabatan Perdana Menteri menerusi kenyataan memaklumkan, istiadat pengebumian jenazah akan disempurnakan selepas selesai urusan pengurusan, penghormatan terakhir dan solat jenazah di Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah, Seri Kembangan, Selangor.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jenazah akan dibawa menggunakan kenderaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) jam 4.30 petang bagi tujuan tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah, isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, meninggal dunia pada jam 9.20 pagi di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dilahirkan pada 12 Julai 1926 di Klang, Selangor, Dr Siti Hasmah merupakan antara doktor wanita Melayu terawal di Malaysia dan kemudiannya membina kerjaya panjang dalam bidang perubatan, kesihatan awam serta kerja kemasyarakatan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di King Edward VII College of Medicine, Singapura dan menamatkan pengajian pada 1955.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Selepas menyertai Kementerian Kesihatan, beliau berkhidmat sebagai pegawai perubatan di beberapa kawasan di seluruh negara, termasuk Kedah, dengan sebahagian besar tugasnya tertumpu kepada kesihatan awam serta penjagaan kesihatan ibu dan kanak-kanak.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dr Hasmah berkahwin dengan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1956.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pasangan itu dikurniakan empat anak kandung, Marina, Tan Sri Mirzan, Tan Sri Mokhzani dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz, selain mempunyai tiga anak angkat iaitu Melinda, Mazhar dan Maizura.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>JENAZAH Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali akan dikebumikan di Pusara Negara, Tanah Perkuburan&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":4395,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[4],"tags":[],"class_list":["post-4394","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-malaysian-news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4394","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=4394"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4394\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4396,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4394\/revisions\/4396"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/4395"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=4394"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=4394"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=4394"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}