{"id":4400,"date":"2026-09-29T18:49:51","date_gmt":"2026-09-29T10:49:51","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=4400"},"modified":"2026-09-29T18:49:52","modified_gmt":"2026-09-29T10:49:52","slug":"1476-warga-myanmar-dihantar-pulang-dalam-fasa-pertama-program-pemulangan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=4400","title":{"rendered":"1,476 warga Myanmar dihantar pulang dalam fasa pertama program pemulangan"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">SERAMAI 1,476 warga Myanmar memulakan fasa pertama program penghantaran pulang secara sukarela dan berperingkat ke negara asal, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkata, penghantaran berkenaan merupakan sebahagian daripada program membabitkan 5,000 warga Myanmar yang telah dimuktamadkan untuk dihantar pulang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, keputusan itu dibuat berdasarkan persetujuan Kerajaan Myanmar untuk menerima mereka serta persetujuan individu terbabit untuk pulang secara sukarela.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cDaripada jumlah tersebut, 5,000 warga Myanmar telah dimuktamadkan untuk menjalani program penghantaran pulang secara sukarela dan berperingkat ke negara asal,\u201d menurut KDN dalam kenyataan pada Selasa.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">KDN berkata, seramai 1,476 individu memulakan Fasa Pertama berdasarkan senarai yang dikemukakan Kerajaan Myanmar menerusi Nota Diplomatik rasmi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Penghantaran dilaksanakan melalui laluan laut menggunakan dua kapal dan sebuah kapal hospital milik Kerajaan Myanmar dengan penyelarasan KDN, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) serta agensi berkaitan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurut kementerian itu, sehingga 15 Ogos lalu, seramai 10,388 warga Myanmar yang ditahan di Depot Tahanan Imigresen sedang melalui proses pengesahan identiti, status imigresen dan latar belakang keselamatan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">KDN berkata, langkah berkenaan merupakan sebahagian pendekatan Kerajaan MADANI bagi menangani isu kehadiran pelarian asing di Malaysia yang telah berlarutan sejak beberapa dekad.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, isu berkenaan perlu ditangani secara berfasa berlandaskan prinsip keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cWalaupun Malaysia bukan Negara Pihak kepada Konvensyen Mengenai Status Pelarian 1951 dan Protokol 1967, pendekatan yang diambil kekal berteraskan nilai Ihsan dan semangat kekeluargaan ASEAN,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">KDN berkata, tindakan penghantaran pulang dilaksanakan secara teratur, bertanggungjawab dan berperikemanusiaan, tanpa berkompromi terhadap aspek keselamatan serta kedaulatan negara.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, rundingan diplomatik dengan Kerajaan Myanmar dan penguatkuasaan undang-undang turut membolehkan pengurusan warga asing serta individu yang mendakwa sebagai pelarian dilakukan berdasarkan identiti dan status yang telah dikenal pasti.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Fasa penghantaran pulang seterusnya akan diteruskan tertakluk kepada penyempurnaan proses pengenalpastian, dokumentasi dan verifikasi, selain kesiapsiagaan logistik serta penyelarasan operasi antara Malaysia dan Myanmar.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">KDN berkata, pelaksanaan fasa pertama itu mencerminkan komitmen kerajaan untuk menangani isu migrasi tidak teratur dan pendatang asing tanpa izin melalui penguatkuasaan undang-undang, penghantaran pulang serta pengurusan dan pendataan yang lebih sistematik.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKerajaan MADANI kekal komited untuk memperkasa keselamatan dan ketenteraman awam berasaskan tatakelola yang baik.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKedaulatan undang-undang dan negara akan terus dipelihara, manakala keselamatan, kebajikan dan kepentingan rakyat Malaysia kekal menjadi keutamaan dalam setiap tindakan yang dilaksanakan,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SERAMAI 1,476 warga Myanmar memulakan fasa pertama program penghantaran pulang secara sukarela dan berperingkat ke&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":4401,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[],"class_list":["post-4400","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-madani_news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4400","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=4400"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4400\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4402,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4400\/revisions\/4402"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/4401"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=4400"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=4400"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=4400"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}