{"id":4427,"date":"2026-10-06T21:49:59","date_gmt":"2026-10-06T13:49:59","guid":{"rendered":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=4427"},"modified":"2026-10-06T21:50:00","modified_gmt":"2026-10-06T13:50:00","slug":"penuntut-maut-dipercayai-dibunuh-teman-lelaki","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/?p=4427","title":{"rendered":"Penuntut maut dipercayai dibunuh teman lelaki"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">SEORANG penuntut wanita sebuah institusi kemahiran maut dipercayai dibunuh teman lelakinya di sebuah rumah di Jalan Air Putih di Kuantan, Pahang pagi tadi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan MERS 999 mengenai kejadian itu daripada teman lelaki mangsa pada 4.32 pagi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau berkata, mangsa yang berusia 19 tahun ditemukan terbaring di katil dalam sebuah bilik sewa di tingkat bawah rumah itu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cPemeriksaan awal oleh pakar forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan mendapati terdapat kesan tekanan pada bahagian leher mangsa,\u201d katanya seperti dilapor <em>Bernama<\/em>.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ashari berkata, seorang lelaki berusia 19 tahun ditahan di lokasi kejadian dan siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara suspek dan mangsa.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Polis memperoleh perintah tahanan reman terhadap suspek hingga 12 Oktober dari Mahkamah Majistret di sini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ashari berkata bedah siasat dijadualkan hari ini di Jabatan Forensik HTAA dan polis sedang menjalankan siasatan menyeluruh termasuk merakam percakapan saksi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat belum disahkan kerana dikhuatiri menjejaskan siasatan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian agar tampil menyalurkannya kepada polis bagi membantu siasatan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SEORANG penuntut wanita sebuah institusi kemahiran maut dipercayai dibunuh teman lelakinya di sebuah rumah di&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":4428,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[4],"tags":[],"class_list":["post-4427","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-malaysian-news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4427","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=4427"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4427\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4429,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4427\/revisions\/4429"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/4428"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=4427"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=4427"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.hellomalaysia.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=4427"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}